31.3.11

.note last night.

hujan di luar lebat. macam dalam hati. menangis nak balik.tak pernah aku rasa ingin sekuat ini. selalu boleh tahan. tapi, tekanan kali. sudahlah. balik2 kau salahkan tekanan. dah kau tak boleh handle, kau salahkan benda lain.dah tu nak buat macam mana. bagus dari aku salahkan orang lain bukan? homesick. there, i said it again. :(


pernah kau rasa kau don't belong here or mana2 tempat yang kau ada sekarang? jujurnya, tak pernah sekali aku rasa selesa. aku teruskan kerana survival. untuk hidup.  selesa kau boleh cari. (yang sampai sudah kau tak jumpa). degil? tekad? jangan kata. sudah lali. 


regret? buat apa? kau pilih jalan itu. dan kau harus hadap sampai akhir. ingat poem "the road not taken"? aku pilih jalan yang payah. jadi, tanggungjawab aku nak terus hidup atau mati. aku tak mahu tipikal. aku tak perlu cliche. membuak ingin lari dari normal. normal itu boring. jadi, kenapa kau tak risk chances? kau laku yang kau tahu. kau pilih jalan selamat. kata tak mahu tipikal. cakap saja lebih. hasil? nada. zero. lepas tu kau guna lupa sebagai kambing hitam. sudah lah. amal tak cukup, mana tuhan nak beri ingatan yang kuat. sikit2 lupa. sikit2 tak ingat. lepas tu mengeluh. haih.


hujan dah teduh. kata juga habis. biar-lah.


rindu abah. aku tak pernah bercerita pada abah. kalau dia masih ada, mahukah dia dengar aku merungut? mungkinkah abah marah kalau jalan yang aku pilih ni salah? khabar pada emak, mahu pulang. dia tukar cerita. tak endah yang aku rindu. :(

29.3.11

.reminder.

Pecahan gaji setiap bulan :
  1. Mak 
  2. PTPTN
  3. Bil telefon (or topup)
  4. Saving
  5. Tabung Haji (yang tak pernah penuh)
  6. Barang dapur (continuous sepanjang bulan sbb terlebih rajin utk try experiment2 baru. in other words, "belajar memasak". persediaan untuk selepas *faham2 lah sendiri. dah la banyak cekadak orang tu.)
  7. Baju2 or stuff yang rasa perlu (tapi end up bagi pada org lain seperti adik or anak2 buah)
  8. Bahan2 hiburan sepanjang di kediaman tanpa famili. Novel, magazines itu penting!
  9. Barang2 keperluan harian yang bukan setakat krim mandian, ubat gigi, etc2. (dah nama perempuan kan?)

Dan kerja2 yang perlu dibuat untuk mendapatkan gaji untuk menanggung kehidupan di atas :
  1. Order data satellite. Client pulak tak reti2 nak bagi boundary yang betul. Data dah dapat lepas tu tak cover area projek. Ingat main ambil gambar dari tepi ke? Ini satellite la for god sake. itu pun salah aku jugak ke?
  2. Projek2 GIS yang tak pernah tahu apa tujuannya. Bukan saya, tapi client. Susah nak faham bahasa kucing ni. Dah submit untuk keseratus kali pun masih juga dipulang balik. Map dah 10 kali tukar legend pun masih tak puas hati. haih.
  3. Semua projek saya yang ambil tahu ye. Saya kan orang penting. semua kena bagi kat saya untuk simpan. bila dah tak jumpa tempat lain atau ada benda yang tak jumpa, saya jugak lah kaunter pertanyaan. Saya yang simpan, saya yang buat map, saya yang print, saya yang binding. Ok. Oh, lagi satu projek yang lama2 tu pun saya jugak yang kena ingat walau bukan saya yang buat. 
  4. Melakukan tugas2 rencam seperti kerani. Jawab call, scan fax, email semula, fotostat sijil company, award letter.
  5. Kena marah dengan bos2. bos-bos. bukan 1 saja. dan bukan semua bos ni 1 kepala. 1 cakap lain. 1 cakap lain. yang paling besar tu lagi lah cakap lain2. 
  6. Jadi driver. driver pergi balik kerja. hantar staff yang sangat jauh rumahnya. dsb.
pagi ni mood ok. so, tak banyak nak komplen. sebenarnya, panjang lagi senarai kerja ni. nanti1 tambah lagi. :)


tak baik merungut. tapi, ini hakikat. kena release. jangan simpan. macam nama tajuk, ini reminder semata-mata. tiada kaitan hidup atau mati. sekian.

23.3.11

.so?.

jadi?


apa point kau sebenarnya nak marah2 ni? 
dapat duit? dapat kereta? dapat rumah?


so?


..................................

22.3.11

.left or right?.

you leave me just like that. it is so you.

fine.

21.3.11

.kuman.

carilah aku pada waktu bila pun. aku ada.
berilah aku masa jauh sekalipun. aku ada.

aku tak sebijak kamu. aku tak sehebat kamu.
tapi, aku ada.
tetap ada.


sekarang awak tau kan apa yang saya rasa? 
maaf. itu ayat saya.

19.3.11

.iyf.

again.

i am not your properties.
you use your own things at any time you like.
but, not me.
coz, i am not yours.


bjhgfrkjefghdjjbvcbhjftudg#^$^%^&. 
sometimes words aren't just enough.

.gtg.

ya. sekarang lah masa kalau kau nak buat segala.
bebasnya pada kau. kosongnya pada aku.
ya, kosongnya sebab aku.

kau tahu kenapa aku tak bertanya?
sebab kau tak mahu soalan2 itu.
sebab kau tak mahu ada apa2 yang aku tahu.
sebab kau tak mahu hidupnya aku.
mati.

tutuplah. lindunglah.
boleh aku kata aku tak peduli?
aku mahu. sangat.
tapi dulu ada yang mahu aku jangan pendam.
sakit nanti aku sorang2 rasa.
boleh jadi gila.
tapi, sampai sudah aku rasa sorang juga.

aku bukan waktu kelima.
waktu rehat?
jauh sekali.
mungkin aku bukan kelas tuisyen pulangan lumayan.
aku juga bukan sekolah elit.

tapi kita sama hamba bukan?
sama saja tarafnya.
pedulilah.
sakit aku sorang juga yang rasa.


bullshit lah aisyah! sampai bila? 
sampai kau mati? cukuplah satu deria kau mati. yang lain jangan kau heret sama.

18.3.11

.hospital.

jangan kau sunyi bila tak ada jawapan.
jangan kau lari bila tiada harapan.
beri apa yang pahit sekarang.
dari nanti pahit itu terkesan juga pada kamu.

mana kamu mahu?
cukuplah satu yang luka.


tamak. itu tak pernah cukup. mana bisa mengalah pada yang tak logik akal bukan? hkl?
hmm. thnx MK. u deserve a standing applause. 

17.3.11

.zero.

you don't seem happy with me.
hanging. bila2 boleh jatuh.
sakit bila jatuh. bila minta lepas, tak mahu.
jadi? kenapa?
kau boleh senyum dengan orang lain.
aku?
pendam luka lagi lah nampaknya.
cari ubat sendiri.

ok.

16.3.11

.mimpi.

kata habis kata. too much to handle. tapi, boleh saja sebenarnya. alasan tetap alasan. apa pun, kau juga yang perlu buat semua.
cakaplah pada sepuluh orang sekalipun. beban kau sorang tanggung. tak perlu nak minta simpati siapa2. mereka pun ada hal masing2.

jadi?

entah. sendiri tiada jawapan.


bencana hari2. kiamat sudah dekat?

9.3.11

.SAF*DA.

kau tahu apa yang aku lalu?
kau tahu apa yang aku rasa?
kau tahu apa yang aku mahu?
kau tahu apa yang aku beri?

sungguh. kau tipu kalau kau tahu.
benar. kau tipu kalau kau peduli.

jadi?

biar.

kerana aku sendiri masih ada tanda soal di setiap hujungnya.

dan aku masih berlari.
masih sembunyi.


serabut. unorganized. bingung. mana priority? huh.

4.3.11

.jual ikan.

ignore lah semahu kamu. jadilah orang paling ignorant sekali dalam dunia. nanti2 jadi balik pada kamu.

bodoh! pandai jaga hati orang. hati sendiri biar macam sampah. jadi, tolong ajar saya jadi selfish bitch macam orang2 yang layan saya selama ini. selfish bitch yang tak risau pasal orang lain. selfish bitch yang say no. selfish bitch yang tahu apa dia nak. selfish bitch yang tau apa nak buat.

jadi, anyone?

2.3.11

.rage.

CRUEL!!!
rage tahap maksimum.kenapa?

*nangis

tamak. dengki. khianat.
boleh tak kamu berhenti jengah dalam sini?
jangan cuba selangkah pun kau masuk.
cukup lah kau bagi semua mereka ini secubit rasa kau.
sini bukan tempat kau.

tolong pergi.

sila jauh-jauh.

bagi kami hidup.
hidup dalam sisa2 masa yang tak berapa lama lagi.


tolong.

pergi.