25.8.09

.scarred.

how much you have hurt me
how much you have ignored me
yet, I still longed for you
I still search for you

kau tahu apa yang aku rasa?
kau faham apa yang aku lalu?
mudah kau kata 'jangan fikir'
habis, apa guna aku ada minda?
minda aku tak mahu mati
walau hati aku sudah lama hancur
sebab kau?
aku ingin sangat menafi
tapi sampai bila?
sampai kau lafaz ini akhirnya?
aku mungkin tahu
kau takkan kata begitu
aku juga mungkin tidak tahu
kau mampu mengiya ini hujungnya
beri aku dahan untuk sokong aku
jangan kau beri ranting rapuh,halus
untuk aku paut
jatuh itu sakit
gantung itu juga perit
bawa aku jika ada makna
tinggal aku jika aku hanya lalang warna
aku boleh warna hidup kau
boleh jadi juga tiada apa makna
boleh gila bila fikir benda2 karut. memori aku tiada gambar, ok?

15.8.09

.konvo mood.

hitung hari.
hitung jam.
hitung minit.
hitung saat.
hitung detik.

biar apa yang aku hitung.
masa itu tetap pergi.


apa yang aku kira?

26.7.09

.dizzy.

di hujung pelangi itu dia ada
dia seorang pria
dan di hujung yang lain dia ada
dia sang rupawan
bisakah dengan mengikut pelangi itu
mereka bisa bertemu?

si pria menunjuk belang-belang warna
untuk lihat di mana sang rupawan berada

oh,
pria tidak tahu
pelangi itu hilang bila ditunjuk

sang rupawan kecewa lagi
akan tinggalnya sendiri
menunggu pria yang tak pasti


lesu. usai gerimis, pelangi tak muncul pun.

18.7.09

.nasi goreng kampung.

Kadang2 kita rasa apa yang orang lain alami lebih kurang macam apa yang kita lalui.

"Bila kita sedang bahagia dengan seseorang, dan di tengah-tengah kegembiraan itu tiba-tiba kita kehilangan dia, pada saya ibaratnya macam tercekik gula-gula. Kita seronok melayan gula-gula dan kita fikir kita dapat makan hingga habis, tapi separuh jalan dah tercekik. Siapa sangka tengah sedap-sedap boleh jadi sakit.

Mungkin saya selalu beri perumpamaan yang aneh sedikit… but this is the best way I could describe such situation. This is how I feel, anyway.." http://waniardy.com/blog/?p=3026 (source)

aku suka perempuan ini berkata. her songs are kinda cute but with deep meaning. dia pun cute juga. haha.
she view the world and express it through words. kata yang mudah tapi maksudnya boleh jadi rumit.


suka gula-gula iced lemon tea dari waktu sekolah dulu.

8.7.09

.desup.

aku pinta faham kau, kau marah.
aku pinta masa kau, kau marah.
aku pinta rasa kau, kau marah.
aku pinta hati kau, kau marah.
aku pinta harta kau, kau marah.

apa lagi yang ada untuk aku?
selain marah kau yang aku tahu hakmiliknya ada nama aku.



kau tak tahan pressure. 3 hari, kau lari. habis, bila mana yang kau tahan?

.f***.

"What sick ridiculous puppets we are.
What a gross stage we dance on.
What fun, dancing and fucking.
Not a care in the world.
Not knowing that we're nothing.
We are not what was intended"


Mr John Doe - Se7en

29.6.09

.CBF6793 (haha!).

kadang2 aku fikir, kenapa aku tak sepandai dia? kenapa aku tak boleh dapat 4 flat? kenapa aku tak boleh bawa kereta manual setelah setahun aku tak tekan clutch? kenapa aku tak pandai meperkenalkan diri pada orang bila aku hendak menerangkan sesuatu? kenapa mak aku lebih suka pada adik aku yang pandai masak? kenapa aku bukan bersuara versatile seperti Black-mentor?

kenapa? kenapa? kenapa?

aku harap aku ada jawapan untuk semua soalan itu. biar aku tahu mana arah aku. mana harus aku ada bila aku diperlukan. supaya aku bukan lalang atau props latar yang langsung tak beri peranan. aku tak tahu bila orang suka aku atau tidak. aku tak sedar jika siapa2 yang tak suka aku boleh hide rasa mereka. setinggi mana kita pergi, pasti ada yang boleh melangkau kita. anytime.


kenapa perlu ada kereta manual? haih.

28.6.09

.SE?.

aku bisu. tak tahu nak kata apa dah. 1 minggu yang macam2 rasa ada. sedih. risau. suka. puaskan hati orang memang payah. jangan dengar apa orang lain kata kalau kau sendiri suka. dengar boleh. ikut? kau fikir dulu.

hilang mood untuk bicara. bukan sebab apa. mungkin kosong. tak tahu apa lagi perlu luah.


problem lain takda. syukur.


21.6.09

.tuta.

penat.letih.semput.sesak.

tolong aku.

13.6.09

.ubah haluan?.

hidup ini persis roda
oh, itu sudah cliche
kau perlu fikir deep
kata itu dimaksud bukan sekadar surfacenya
satu-satu kau nilai
ceduk yang jernih
yang hitam itu kau buang
sama juga dengan manusia
bukan pilih yang putih
yang hitam kau tolak
nilai akalnya, lakunya
senang nak tunjuk pandai
tapi, ketara lagi jika ada bodohnya
biar kau sedar sendiri
jangan sampai yang ada bangunkan kau
dari kepalsuan yang nyata


capek sudah. jgn sesal yang lepas. look forward.