21.2.09

.celaru.

susah bila hati kata ya,mulut ungkap tidak.
ini macam buat dua kerja dalam satu masa.
satu kerja boleh semua orang tahu.satu lagi tidak.
kena buat senyap-senyap.kena pandai rahsia.
bila rahsia terbongkar,semua benda jadi susah.
buat kerja hati-hati.jangan canang satu dunia.
bila tidak jadi mana mahu lari?

haih.

takpa la.apa jadi tanggung sendiri.
jangan berani buat tidak berani tanggung.
bukan mudah nak mengaku kesalahan sendiri.
kalau mengaku pun mesti ada pusing sikit.
konon jaga hati.tapi,hakikatnya masih mahu diri sendiri selamat.
tidak mahu terus dipersalahkan.
tidak mahu terus dituduh penipu.

tipulah kalau aku cakap aku tidak pernah bohong.
tipulah kalau aku cakap aku tidak pernah pusing ayat.
sejujurnya aku mahu terus-terang.mahu buka semua rahsia.
tapi aku kenal mereka.aku tahu mereka bagaimana.
kadang-kadang kebenaran menyakitkan.truth hurts.
lebih baik aku simpan.

pada aku.selagi mereka tidak bertanya,tidak perlu cerita.
aku pernah jujur.out of blue aku nyatakan.
sepi yang aku dapat.mahu dirayu sebelum dimaafkan.
masih tidak mahu mengaku.tetap begitu juga.tidak ada yang berubah.
biarlah.bukan aku yang tidak mahu berubah.aku sudah cuba.
dia tidak mahu.statik.itu tidak fun.itu tidak adventure.
mungkin aku perlu cara lain.
lebih lembut?lebih halus?
lebih tegas?lebih kasar?
entah la.
mungkin aku perlu lebih masa.bagi faham luar dan dalam.

hubungan sesama manusia ini pelik.lebih lagi jika ada rasa cinta dan sayang.

No comments: