31.12.09

.tanjug aru (destinasi bajet juga).


ini versi sabah. harap maklum saya amat irihati dgn cik sapphire. pantai dia pergi sangat best dan cameron yang, oh menyejukkan. kami pergi piknik2 di pantai. yang plan asalnya adalah menyaksi sun rise di tanjung aru. tapi akibat sun rise di mata adalah lewat sedikit. so, memadailah dengan piknik saja. more to come!! (masih dalam perancangan dan tunggu bajet lulus => gaji masuk)

27.12.09

.eigen? what's that?huh!.

waking up. blurred. picking up the phone and dialed home.
"mak?"
...


inside the bag is the thing that makes me penniless. but, i'm satisfied.
what a day to spent. stay with me till the end, ok?



having fun watching atashinci. after eating indo mie. on the day stepping into another stage of life. and with no money. haih.

26.12.09

.oh my, I love james franco!.


still don't get it.
kenapa semua orang in love sangat dengan edward cullen dan jacob itu?
pelik.
the truth is, to this day, I have not watch any of the twilight series.
just not interested. at least, not yet.

tapi,
boleh tak jika saya dapat temujanji satu hari dengan ini orang?


why doesn't my man look like him?
hmmm.



zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

25.12.09

.future.future.future.future plan.duh!!.


dear love,

can i have this dress in 3-4 years?
please.please.please.

oh btw, in shocking pink please.
thank you darl.



haha. you wish!

24.12.09

.i cried over last ep of nur kasih.so slow.haha.

siang saya tak pernah sunyi walaupun tanpa awak.
sebab saya boleh hitung dengan jari yang mana kesiangan saya ditemani awak.

malam saya selalu sunyi.
sebab saya tiada teman selain awak.

jadi, jika awak tiada, awak faham kan bagaimana hari2 saya?




emo. haha. kadang2 bukan aku rasa pun. cuma suka emo2 ni.

23.12.09

.wicked love.





wish there are more love than i could feel.





small things which makes me alive. at least for now.

22.12.09

.again.again.again.and again.

sakit.sakit.sakit.sakit.

nak hantuk kepala kat dinding, boleh?




rasa makin kurang.



dream again and again. mimpi-lah kamu sebelum jaga dari lena itu.
lena itu ada masa tambahan tidak? ala, macam malaysia lawan laos hari tu.

.oat krunch.dark choco.

bukan aku emo. bukan aku saja nak mengada.
bukan aku jiwang atau moody2.
boleh kau bayang,
.............................................................

mungkin bukan macam dulu. masih kawan.
contact tu mungkin tak macam dulu.
saya dah rasa balik apa yang saya buat dulu.
mungkin cuba untuk jadi lebih baik.

*just so you know, aku sudah jadi apa yang aku mahu.
mungkin bukan baik, tapi kita bisa jadi yang better bukan?

.......................................................

certain things are better not telling.
btw, btw, btw.
i dont want your details okay?
juz enough of telling me who you are with.
doesnt matter pun; apa, siapa yang ajak bukan?
kalau aku cemburu pun itu normal la kan.
mana mungkin i can let it go, let it pass 'away'.
bodoh-lah aku.perasaan itu anugerah bukan?
tiada rasa itu macam tidak menghargai kurniaan yang maha esa.

sudah-lah. penat rasa macam ni. bagi saya rasa lain, boleh?

my life doesnt revolve around you only. just so you know.
in case you think the other way round.



therapy needed!!!

20.12.09

.kari gamat khas untuk u, rajuna.

Tuhan jadikan manusia berpasang-pasang,
untuk melengkapi dan dilengkapi.
Jadi, jika orang yang paling kita sayang itulah,
yang sering sakitkan kita, itu biasa.


Itulah rumus utamanya.

Adapt.
Fix.
And don't ever leave.

Learned.

*from srikandi

aku percaya ini dari dulu. look at different side if ever encounter problems.
lari adalah sesuatu yang tak perlu.



putus asa. cari orang lari ni macam cari awan di langit. nampak. tapi tak boleh sentuh.
tajuk memang takda kena mengena langsung dgn isi post ya.

19.12.09

.jam ini masih milik kamu.

Do we love?
Love each other
Do we need?
Need each other
Do we yearn?
Yearn each other

When there's no cloud left
I'll be there to color up your sky


for 'you' whom i refer as 'you',
it could be love. a short term one.
but, it sure does left something in me.
a feeling which i cant describe,
how i miss those moments.
i know we cant go back at that time.
and i know for sure we dont want them again.

kalau kamu mahu terus begini.
kaku.
sunyi.
aku bukan siapa-siapa yang mahu bentak.
aku juga bukan dia mahu marah-marah.
itu mahu kamu.
tapi, laku adil pada aku.
aku tak pinta lebih macam dulu.
sekadar beritahu angin yang kamu masih ada.
yang hati kamu masih tenang dan bukan ribut untuk aku.
aku sudah titip pada laut,
yang aku masih ada.
untuk kamu.
walau bukan mutlak,
tapi, kita masih boleh bicara bukan?

sungguh,
aku rindu.



apa dia masih faham aku? maaf aku pinta jika kamu rasa hati. ingat lagi, 4pg mee goreng mamak?

18.12.09

.BB?apa ada?mari ke pantai yuk!.

apa yang kita lihat mungkin bukan apa yang benar.
apa yang kita rasa mungkin bukan yang hakiki.

sudah pernah kau lihat apa yang kau mahu?
jika pernah, kenapa kau mahu lagi?

bukan-kah lebih mudah jika kau pergi.
cari yang mungkin bukan kau
mahu .
tapi kau perlu.

jangan tanya aku lagi tentang dulu.
sungguh kau sudah jauh.

kita lihat masa depan sama-sama.
itu pun jika kau butuh.
tapi janji,
kau tetap dengan aku.



*butuh=perlu
rasa pelik. pusing2 balik rasa yg sama. mana mugkin kan yg kamu goyah. aku doa utk itu.

17.12.09

.river plate which obviously takde pinggan langsung.

having a blast chatting with someone I knew from school. which never talked to him/her before.
weird in some way. haha.

terima kasih wahai kamu yang berkenaan.




spirit sudah ada naik sikit. dateline 5hb 1. hopefully sempat la.

15.12.09

.ding dong!.

kamu sudah tua. haha. at least lg tua dr saya kan?
muda ka tua ka. kamu tetap kamu yg saya kenal.
walau ada ubah a bit here there, kamu tetap yg sama.

happy birthday kamu!
jgn notty2 ye! (euwww....)

lagi2 bila kamu di kota nanti.
saya tahu kamu. kamu yang dari dulu sama.
laku kamu semua ada dalam saku.
harta saya ada pada kamu.
.t.r.u.s.t.
sila jaga ya?
jgn kamu tinggal dalam locker di KL Sentral.
atau dlm beg di rumah pakcik kamu.
kesian saya.

anyway,
happy birthday again!



byk betul 'kamu' dlm blog ni. jgn confuse. haha.

14.12.09

.kamu yg berkenaan, lembu.

(bantal lembu kamu)

kalau kamu masih ada hati, khabar pada aku.
okeh?
boleh jadi aku rindu sama kamu.

kalau kamu marah, jelas pada aku.
boleh?
boleh jadi aku silap kata pada kamu.




aku tak minta kamu bawa aku lari. aku sedar aku siapa. tapi, hilang kamu sekarang adalah perkara terakhir yang aku mahu.

12.12.09

.memang ba sama famili dia orang itu.

ok. fine. aku memang kenal kau siapa.

so, boleh kau main jauh-jauh?

sangka aku memang tak salah bukan? penat juga biar. tapi, sampai bila? aku tunggu masa. ada bait hebat, aku sambar. kau? boleh pergi sana. plan aku banyak ada kau. tapi, bisa saja watak itu bertukar bukan?
please-lah, minta jangan ungkit? bukan aku yang pinta. ingat. bukan aku, ok?

btw, one borneo hebat. tapi, kira2 aku yang tak kencang.



oh. masa ini baru aku ingat dia. dia yang pernah bawa aku lari.

10.12.09

.cemburu buta =kan dah malu!.


how I wish I saw this with u by my side.
.
.
.
n without puffy eyes after crying all night long.
I'm head over heels in love with u.
which I didn't realize it after all these years.




sigh. how i miss u n ur scent. (pic taken 6.49a.m - 10/12/09)

9.12.09

.dude, u'r not even the president. how come u r the busiest man on earth?.

sibuk?

ok. tak ganggu.

lain kali saja. bila saya sudah jumpa gam.
untuk lekat hati saya semula.
maklumlah, fragile. mudah pecah.

tapi kadang2, hati saya liat.
makin dikunyah, makin kenyal.

tak mengapa.
kalau pecah, guna vacuum untuk kutip.
kalau kenyal, lempar saja.
buang jauh2.


sekian terima kasih.



D.A.M.N!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

.limau ais = kichai ping.

kadang rasa benci. benci tapi suka. biar apa pun kau rasa, tetap juga suka. jadi, apa perlu buat? biar saja? hati remuk, hati pecah, hati sakit, kau tetap biar juga?
kata kau, biar. lama2 hilang juga. tapi, ini bukan apa. takut lama2 kau hilang hati. habis sudah dimamah. jatuh, kau angkat lagi. yang hancur itu juga kau beri. untuk dilumat pula.

jadi? apa yg tinggal?
.
.
.
.
.
habuk.



apa di atas tidak ada kena mengena. kata2 hati.btw, happy belated birthday dear blog. maaf ya. lupa.

8.12.09

.hati pecah.

You may not be her first, her last, or her only. She loved before she may love again. But if she loves you now, what else matters? She’s not perfect – you aren’t either, and the two of you may never be perfect together but if she can make you laugh, cause you to think twice, and admit to being human and making mistakes, hold onto her and give her the most you can. She may not be thinking about you every second of the day, but she will give you a part of her that she knows you can break - her heart. So don’t hurt her, don’t change her, don’t analyze and don’t expect more than she can give. Smile when she makes you mad, and miss her when she’s not there.

-Bob Marley-

quote dr bob marley. juga dipetik dari sini.


i may be wrong. but still u can listen, rite?

6.12.09

.limau ais sabah ada asam boi.

hanya kerna nak beli handphone baru pun boleh rasa dingin.

haih.


.siri dua hati.kamu pelik, okay?.

kusut.

mana kamu tahu apa yang aku buat.
aku pun tidak tahu apa yang kamu laku.
tapi, kita percaya kan?
yang apa yang kita laku ada balasnya.
mana mungkin satu saja yang untung.
diam.
itu kerja aku.
angguk. bila dia mahu aku angguk.
geleng. bila dia mahu aku geleng.

tapi,
aku ingkar.
hidup aku, aku punya.
jika aku laku sekali pun.
bukan sebab kamu mahu.
sebab aku sayang kamu yang mahu aku begitu.
dengar.
bukan sebab mahu kamu.
tapi, kamu yang mahu itu.
lain ok?

sekarang ini aku mahu kamu.
kamu yang mahu aku begitu.
bisa tidak?

jatuh aku, ingat kamu.
bangun aku, ingat kamu.

pergi, boleh?
aku mahu sendiri.
tanpa kamu yang mahu aku begitu.
datang lagi jika kamu tidak perlu aku begitu.
sukar jangka raut kamu.
manis luarnya.
pahit isinya.



diri. duduk. sit up. lompat bintang. haih. semua tak kena. apa lagi mahu aku?

.level 11, eden heights.

awan itu cantik.
biar cantik mana pun aku tak dapat gapai dia.

sama macam kamu.
hanya mampu lihat dari jauh.
itu pun curi2 pandang.
jengah2.

sentuh kamu?
itu mimpi namanya.




sini aku ada. tapi mungkin bukan untuk kamu.

3.12.09

.lintas square.

swear. that you won't leave me.




fin.



adakala kita sangat taksub bicara pasal diri sendiri.


26.11.09

.ofis kosong. heart empty.

aku kah yg kejam?
tak pernah faham hati.
hati sakit, aku marah.
hati luka, aku marah.
hati pedih, aku marah.

tapi,
aku tak pandai simpan.
penat sudah pendam dulu.
sikit2, biar.
sikit2, takpe.
lama2, gila.

haih.
peduli lah kan?
aku suka.



sangat manis bila lihat muka dia mengharap. manis = sweet. ahah!

20.11.09

.laksa asam & ikan patin.

pernah rasa sakit? sakit yang tak tahu hujung pangkalnya. sakit yang bukan kau mahu. sakit yang tiada ubatnya. yang mana kita tak tahu adakah sakit itu worth untuk kita rasa. sakit yang....entah. yang kau sendiri dah tak tahu apa itu sakit. seriously. aku dah tak larat. kalau kau mahu pergi, bawa sekali rasa sakit ini ok? boleh kan?

oh, lupa. sedih dan pedih yang kau bagi jangan tinggal pada aku ya.

aku suka baca hidup dia. sarah

Perempuan, selalu cari bahagia daripada lelaki yang enggan mencintainya.
Lelaki, selalu ingin menghambakan diri pada perempuan yang tidak mahukannya.
Begitulah, asal mula semua destruction.



aku suka dia. so what? kata lah yang kau benci aku. kan?

16.11.09

.simply dark.

awak rasa kan ada tak pernah saya sakitkan hati awak?
takde?
betul ni?
tipu lah.
semalam kan saya hampir buat awak menangis.
padahal saya cuba2 joke dgn awak.
(sebak juga lah)
jauh awak datang.
even bukan untuk saya tapi kita dapat jumpa kan?
saya suka sangat.

datang lagi ya?


curfew sy pukul 6 stgh ptg.isk.

15.11.09

.muak!!!.

aku jelak-lah
faham tak?
karenah kau yang tak sudah2.
kau ulang berkali.
sampai ada dinding yang bikin aku hilang,
kamu hilang.
dari mata aku, rasa aku.
sudah.
pergi sana main jauh2.


faded.

11.11.09

.lexus cheese cream.

kata-kata saya tertinggal di rumah. maksudnya buku yg saya luahkan isi hati. yg saya conteng macam2 kata yg saya suka. buku saya kan? ;p

nak madah2 tiada mood. haha. ayat pun da macam diari (even da lama x tulis diari). tapi macam mahu post rentetan hidup selepas tamatnya dunia student (haha. ayat x boleh blah. abaikan)

1st month: rasa mcm puteri raja. makan. tidur. main. suka2.
2nd month: mula buat sesuatu yg pd mula x yakin boleh lakukan. totally different thing. masa ini main redah saja. angguk2, tunduk2, gaji masuk. haha.
3rd month: lama2 rasa biasa. alah bisa tegal biasa. enjoy. ke sana ke mari. jumpa macam2 orang.
4th month: masih rasa biasa. bayang2 pressure mula jengah2. masih malu2. hati masih lapang. mereka terima saya. apa lg yg saya mahu bukan?
5th month: bahang makin rasa. tp, masih buat itu. bukan apa yg sy mahu. cukup sekadar tambah line dlm resume. tp, sy suka. ini peluang. kalau bukan sekarang, bila lg kan?
6th month: ada peluang baru. ambil masa 5 minit utk decide. mudah kan? so far, sy x pernah lg sesal decision yg sy buat. kalau ada pun, ada anasir la tu. never plan for anything. just accept what is coming. and of course try to get enjoyment from it.

tiba2 mati kata. adios.


it is just an excuse. kadang2 kita cari pelbagai alasan utk lari dari masalah. siapa yg tidak pernah, kan?

23.10.09

.mcdelivery.

lama tidak post sesuatu. hati rebel ini kata yang macam2. tapi tak terluah bila mana mata menatap skrin segi empat ini. rutin hari2 yang boleh bikin otak beku. bukan beku yang maksudnya bodoh. tapi yang mana ia statik. tidak gerak, tidak kembang. kepompong yang aku berada masa ini cukup sesak. tepu.

beri aku ruang. bukan bebas yang aku mahu. boleh faham kan apa itu kempap? situasinya sama macam kau duduk dalam satu kotak segi empat yang punya jendela. tapi kau pilih untuk biar ia katup rapat. atau kau biar binatang sosial tahan daun2 itu dari terbuka.

aku bukan mahu lari. masih boleh sentuh aku. masih bisa bicara hati ke hati. aku mahu pilihan aku sendiri.

rasa yang buat aku hidup.


9.10.09

words are running inside my head, waiting for me to type them out.
I tried.
but, none out.
zero.
nil.

aku ingin luah.
ingin kata pada kau.
yang aku ini palsu.
bukan apa yang kau lihat.
bukan apa yang kau rasa.



aku tinggalkan apa yang aku ada.


7.10.09

.fly me to the moon.

have you ever wonder,

what you would do to someone who betrayed you?

punish?

ignore?

just go?


akan ke negeri org minggu hadapan. selamat tinggal johor.

15.9.09

.kek lapis epal & coklat.

sakit itu perit
sakit itu pahit
tapi kau sakit sorang2
takde sape nak peduli kau
takde sape nak kesah
kau muram
kau murung
kau sedih
kau pedih
semua itu kau rasa sorang2
tahu tak?

biar kau adu
sakit kau dipandang sepi
"kau yang sakit.bukan aku"
"apa aku kesah kalaupun kau mati"
mati akal
mati hati
mati jiwa
kau mati
kau kosong
tiada luaknya dia

hidup tanpa kau?
itu mudah
ok.
aku bohong
sedih kejap
tapi sedetik cuma
dua detik..
riang sudah
"life must go on"
HAHAHAHAHAHA.....
kau bodoh!
kau mati!
kau mati!
kau mati!

nyah kau dari sini!




over the times, people tend to get bored with what they have. they want sumthing different. doesn't mean they don't appreciate anymore. it's just that they don't want to belong at the same state. repeating the same thing over again.

8.9.09

.hebahan.


Poster. Sila sebarkan.


1. Sang Freud Press akan menerbitkan 4 buat antologi menurut genre dalam masa terdekat.

2. Antologi itu adalah Fantasi, Noir, Cinta, dan Sa-Fai.

3. Untuk tiap Antologi ada dua orang penyunting.

3.1. Penyunting Antologi Cinta: Taf Teh & Shaira Amira (shairaamira@yahoo.com)

3.2. Penyunting Antologi Fantasi: Alina Abdullah & Reza Rosli

3.3. Penyunting Antologi Sai-Fai: Azzief Abd Khaliq & Liyana Dizzy

3.4. Penyunting Antologi Noir: Adam Kasturi & Nazri M. Anuar

4. SFP mencari 8 orang penulis untuk tiap Antologi.

4.1. Tiap Penulis akan diberi ruang kira-kira 10 mukasurat.

4.2. Tiap Penyunting juga diberi ruang yang sama, yakni 10 mukasurat untuk samada, menulis fiksyen, esei, atau menjemput seorang penulis lain untuk menulis cerpen/esei.

4.3. Ini dibuat untuk tujuan pengiraan royalti. Penulis dan penyunting akan berkongsi 50% royalti dari keuntungan untuk setiap buku (selepas ditolak modal). Jadi, setiap penulis/penyunting berhak menerima 5% royalti.

4.4. Setelah dipilih, tiap Penulis juga akan diberi opsyen untuk membikin koleksi mereka sendiri. Inilah tujuan utama projek ini: yakni untuk mencari penulisan baru.

5. Saiz buku adalah seperti berikut: 10.5cm x 15cm. Yakni saiz separuh kertas A5 (untuk contoh, sila rujuk pada Puisi Poket terbitan SFP).

5.1. Tiap buku dijangka dijual dengan harga RM15 sebuah di kedai-kedai, dan RM10 jika dijual secara terus.

5.2. Tebal tiap buku adalah 112 mukasurat.

6. Tiada tarikh tutup. Selagi belum mendapat 8 orang penulis yang sesuai, sselagi itu penyertaan masih terbuka.

6.1. Komitmen penyunting hanyalah hingga hujung September sahaja. Jika masih belum mencukupi 8 orang penulis, tugas penyuntingan akan diambil-alih oleh penerbit. Tapi penyunting masih lagi berhak terhadap perkongsian royalti seperti di atas.

6.2. Ada kemungkinan, jika penulis yang sesuai sudah ditemui, tapi jumlah penulis untuk antologi masih belum mencukupi, pihak SFP mungkin akan meneruskan dengan projek buku individu penulis itu (sudah tentu dengan kerelaannya. Ini bukan autokrasi)

7. Hakcipta karya adalah milik penulis sepenuhnya.

8. Sila sebarkan risalah ini kepada sebanyak orang yang anda kenali sebagai tanggungjawab anda pada perkembangan sastera tanah air yang tercinta.

sumber - http://legasisembilanbelas.blogspot.com/

6.9.09

.tempat duduk dewan kuliah.

sudah bertahun kan?
masih ada turun naik.

kejap musim dingin.
kejap musim panas.
kejap musim bunga.
musim salji?

tak mengapa lah.
kita kan 1 malaysia.
mana ada salji.


zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

.hijau.

aku mahu mimpi.
mimpi yang ada kamu, sayang.

oh, aku sedang bermimpi.
tapi, mengapa bintangnya bukan kamu?
apa aku di mimpi yang salah?


saat ini kita suka. burung-burung terbang riang.haha.

25.8.09

.scarred.

how much you have hurt me
how much you have ignored me
yet, I still longed for you
I still search for you

kau tahu apa yang aku rasa?
kau faham apa yang aku lalu?
mudah kau kata 'jangan fikir'
habis, apa guna aku ada minda?
minda aku tak mahu mati
walau hati aku sudah lama hancur
sebab kau?
aku ingin sangat menafi
tapi sampai bila?
sampai kau lafaz ini akhirnya?
aku mungkin tahu
kau takkan kata begitu
aku juga mungkin tidak tahu
kau mampu mengiya ini hujungnya
beri aku dahan untuk sokong aku
jangan kau beri ranting rapuh,halus
untuk aku paut
jatuh itu sakit
gantung itu juga perit
bawa aku jika ada makna
tinggal aku jika aku hanya lalang warna
aku boleh warna hidup kau
boleh jadi juga tiada apa makna
boleh gila bila fikir benda2 karut. memori aku tiada gambar, ok?

15.8.09

.konvo mood.

hitung hari.
hitung jam.
hitung minit.
hitung saat.
hitung detik.

biar apa yang aku hitung.
masa itu tetap pergi.


apa yang aku kira?

26.7.09

.dizzy.

di hujung pelangi itu dia ada
dia seorang pria
dan di hujung yang lain dia ada
dia sang rupawan
bisakah dengan mengikut pelangi itu
mereka bisa bertemu?

si pria menunjuk belang-belang warna
untuk lihat di mana sang rupawan berada

oh,
pria tidak tahu
pelangi itu hilang bila ditunjuk

sang rupawan kecewa lagi
akan tinggalnya sendiri
menunggu pria yang tak pasti


lesu. usai gerimis, pelangi tak muncul pun.

18.7.09

.nasi goreng kampung.

Kadang2 kita rasa apa yang orang lain alami lebih kurang macam apa yang kita lalui.

"Bila kita sedang bahagia dengan seseorang, dan di tengah-tengah kegembiraan itu tiba-tiba kita kehilangan dia, pada saya ibaratnya macam tercekik gula-gula. Kita seronok melayan gula-gula dan kita fikir kita dapat makan hingga habis, tapi separuh jalan dah tercekik. Siapa sangka tengah sedap-sedap boleh jadi sakit.

Mungkin saya selalu beri perumpamaan yang aneh sedikit… but this is the best way I could describe such situation. This is how I feel, anyway.." http://waniardy.com/blog/?p=3026 (source)

aku suka perempuan ini berkata. her songs are kinda cute but with deep meaning. dia pun cute juga. haha.
she view the world and express it through words. kata yang mudah tapi maksudnya boleh jadi rumit.


suka gula-gula iced lemon tea dari waktu sekolah dulu.

8.7.09

.desup.

aku pinta faham kau, kau marah.
aku pinta masa kau, kau marah.
aku pinta rasa kau, kau marah.
aku pinta hati kau, kau marah.
aku pinta harta kau, kau marah.

apa lagi yang ada untuk aku?
selain marah kau yang aku tahu hakmiliknya ada nama aku.



kau tak tahan pressure. 3 hari, kau lari. habis, bila mana yang kau tahan?

.f***.

"What sick ridiculous puppets we are.
What a gross stage we dance on.
What fun, dancing and fucking.
Not a care in the world.
Not knowing that we're nothing.
We are not what was intended"


Mr John Doe - Se7en

29.6.09

.CBF6793 (haha!).

kadang2 aku fikir, kenapa aku tak sepandai dia? kenapa aku tak boleh dapat 4 flat? kenapa aku tak boleh bawa kereta manual setelah setahun aku tak tekan clutch? kenapa aku tak pandai meperkenalkan diri pada orang bila aku hendak menerangkan sesuatu? kenapa mak aku lebih suka pada adik aku yang pandai masak? kenapa aku bukan bersuara versatile seperti Black-mentor?

kenapa? kenapa? kenapa?

aku harap aku ada jawapan untuk semua soalan itu. biar aku tahu mana arah aku. mana harus aku ada bila aku diperlukan. supaya aku bukan lalang atau props latar yang langsung tak beri peranan. aku tak tahu bila orang suka aku atau tidak. aku tak sedar jika siapa2 yang tak suka aku boleh hide rasa mereka. setinggi mana kita pergi, pasti ada yang boleh melangkau kita. anytime.


kenapa perlu ada kereta manual? haih.

28.6.09

.SE?.

aku bisu. tak tahu nak kata apa dah. 1 minggu yang macam2 rasa ada. sedih. risau. suka. puaskan hati orang memang payah. jangan dengar apa orang lain kata kalau kau sendiri suka. dengar boleh. ikut? kau fikir dulu.

hilang mood untuk bicara. bukan sebab apa. mungkin kosong. tak tahu apa lagi perlu luah.


problem lain takda. syukur.


21.6.09

.tuta.

penat.letih.semput.sesak.

tolong aku.

13.6.09

.ubah haluan?.

hidup ini persis roda
oh, itu sudah cliche
kau perlu fikir deep
kata itu dimaksud bukan sekadar surfacenya
satu-satu kau nilai
ceduk yang jernih
yang hitam itu kau buang
sama juga dengan manusia
bukan pilih yang putih
yang hitam kau tolak
nilai akalnya, lakunya
senang nak tunjuk pandai
tapi, ketara lagi jika ada bodohnya
biar kau sedar sendiri
jangan sampai yang ada bangunkan kau
dari kepalsuan yang nyata


capek sudah. jgn sesal yang lepas. look forward.

3.6.09

.seronok+pedih+hiba+suka+sayang=hati.

hati jadi parah bila kau bilang yang benar. mengaku jujur itu bosan. tapi jadi pedih bila orang tidak terima. rasa yang kau rasa mungkin bukan yang kau mahu. sedih, airmata bukan pilihan nombor satu. senyum,gelak kau idam bisa jadi pedih. bila girang yang kau rasa memang nyata bawa pilu pada hati yang lain. benda yang kau suka dan tak suka mungkin tidak sama dengan orang yau kau ingin kongsi. sampai bila kau boleh ignore orang yang suka pada kau? lambat laun kau perlu terus terang. tapi ayat mana perlu kau kata? mungkin akan guris perasaan. mungkin juga jadi dendam.
bila dengan stranger kau rasa seronok. lama-lama hilang juga. dengan yang lama dah kenal kau riang. tapi pedihkan hati orang lain. jangan peduli! tapi kau manusia juga. dapat fikir perasaan bila mana jadi pada kau.


aku lepaskan satu peluang. sesal itu ada.. tapi masih belum mahu ubah. ayat campur-baur.

1.6.09

.rush hour.

Saat kau jauh, semua rasa ingin aku luah.

Tapi, bila mana kau depan mata.

Aku kedu, kelu..


bila mud untuk kau sudah pudar.

22.5.09

.atuk, tolong buka pintu!.

what will you do if you ever encounter with a very annoying people? yang menyampah tahap maksima. yang pandai mengarah itu ini walau benda itu boleh laku sendiri. yang pandai hilangkan duit dan tahu buat muka innocent supaya tidak kena marah. yang pandai guna ekspressi muka untuk minta apa2 yang dihajati. aku tak faham betul dengan perangai orang yang macam itu. suka2 buat benda yang dia suka. suka2 cebik dan tawa pada orang lain yang loser. fikir dia seorang yang berkuasa. mahu itu, dapat. hajat itu, tertunai. 

sekarang ini memang tak boleh pandang, lihat, atau dengar apa2 tentang dia. sekali imbas sudah naik menyampah. jangan kata hendak layan. hendak lalu pun sudah mual. 

ah, makin aku fikir makin naik gila. mungkin sabar aku sudah sampai limit. sudah tua mungkin. tapi, apa kes kalau aku gila hanya sebab anak kecil yang umur 4 tahun dan berperangai seperti di atas? logik kah? apa betul aku emo sebab budak2? tolong lah!  

sambil layan youtube akim af7. hah! apa jadah?

21.5.09

.cekodok leper.

bila rasa tertekan, apa2 boleh jadi. ingin lari. ingin bebas. mudah laku apa yang bukan kebiasaan. yang mana rasional, yang mana bodoh sudah jadi satu. fikir hasilnya nanti. tapi, diabaikan. susun ikut mahu. laku ikut hati.

mudah benci apa yang tidak suka. pandang dengan mata pun tak mahu. apa lagi ingin tegur. kalau boleh mulut sinis itu ingin memerli. terus menerus herdik dengan benci. tambah lagi dengan aksi. tangan dan kaki yang patutnya fungsi dengan suci, mahu dilayang sama. biar dia rasa apa itu pedih, perit yang hati terima. 

tapi, di situ ada akal. yang bisa fikir, timbal, dan halang dari yang buruk2. mana mungkin jalinan itu dirungkai dengan kasar. direntap hingga putus.

biar juta pahit kita telan. akan tiba satu hari, manis yang kita rasa.

tabah itu juang. sabar itu nikmat.

hidup ini penuh simpul. rungkai perlahan, lembutlah ia. 

18.5.09

.damn!.

biar dia merajuk. itu kata hati. tapi, pada hakikat memang dia suka pujuk diri sendiri. bagi cool dahulu baru berhubung semula. bukan senang bukan mahu pujuk orang merajuk. tak kena pada cara memang boleh melarat. macam kanser pula. terpulang pada diri masing2 macam mana mahu merajuk. macam mana mahu memujuk. ada yang merajuk hanya kerna mahu perhatian. ada yang merajuk kerna dia rasa berhak untuk tidak peduli pada orang yang dirajuk.

tempoh masa merajuk juga boleh jadi hanya sejam. mungkin juga seminggu. tapi kalau dah lama2, itu mengada namanya. jangan sangka semua orang boleh bersabar dengan karenah kita. jangan anggap sesiapa boleh melayan kehendak kita. tak semua mampu untuk akur dengan kemahuan kita. mana yang masuk akal, boleh la ditolerasi. tapi kalau dah bukan2 yang dipinta, boleh jalan lah!


duduk cc memang seksa.

17.5.09

.sleepy mode.

dasar aku.

dasar dia.

ada beza.

yang temukan kami.

secangkir teh epal madu.

beri aku kekuatan. tabah ya sayang.

13.5.09

.resolve later.

10 mei 2009 : 1238 noon

sms N: cakap selamat hari ibu pada mak awak ok?

sms aku : hari ibu? bila?

sms N : hari ni la..

sms aku : oh..

*toleh ke adik dan kata "hari ni hari ibu ke?"

 adik jawab "yela ngok"

 aduss. gimana aku boleh lupa. aku memang fail (gagal) ingat hari2 penting ni. ingat pada 2-3 minggu sebelumnya. tapi lupa juga bila sampai hari itu. isk. maaf ya mak.

rumusan hari2 aku dari hari offline sabtu lepas (macam lah sebelum ni aku tulis pun apa aku buat hari2)

sabtu : bangun, kemas barang sikit, malas2, malas2, mandi, malas2, malas2, tengok tv, malas2 lagi, malas2 lagi, mandi, makan2, keluar untuk detik2 terakhir, buat kerja gila, buat kerja gila lagi, makan2, tidur.

ahad : bangun, malas2, fikir sudah lambat & barang masih sepah2, mandi, kemas dengan kadar kelajuan yang tinggi, angkat barang turun dari tingkat 4, sakit tangan, family datang, *thanks A, balik rumah makcik, makan2, datang utm balik, angkat barang lagi, pulang kunci, ambil tesis, tunggu setengah jam, balik rumah makcik, makan2, potong rambut, mandi, keluar semula, makan2, balik, pengsan tidur.

isnin : bangun, mandi, pergi utm, hantar tesis, balik rumah makcik, makan2, tidur, masuk barang dalam kereta, balik rumah, batu besar melayang kat cermin kereta-retak, sampai rumah, angkat barang, makan2, mandi, tengok tv, tidur pengsan.

selasa : bangun, makan2, kemas baju, basuh baju, makan2, siap2, tunggu bas, sampai serdang, sampai rumah akak, makan2, ngantuk2, pergi rumah akak 2nd, online, tidur.

rabu : bangun, siap2, minum2, pergi damansara, tunggu2, isi borang, tunggu2 lagi, jawab soalan, cakap2, balik rumah, tidur, hujan, tidur, angkat call, putus-sebab-orang-kuning-tak-sampai-sg. sekamat, tidur balik, makan2, marah budak, online.

4 hari yang sangat lapang dari aktiviti akademik. ini baru hari keempat. sudah bosan macam apa. siapa2 banyak duit dan masa, ajak lah aku keluar. thank you in advance.

rindu tahap maksima. duit, marilah kamu. aku tak bisa bayar tiket dengan daun. kalau boleh, dah lama sampai venice. 

7.5.09

.dunia ini bukan kau saja ada.

something we have been dreaming for a long time,
something we have been trying with all might,
may not something we can get.

yes, you can dream of having ferrari.
yes, you can work your ass out offshore getting thousand bucks per month.
so that, you can drive your own red, shiny ferrari.
but, what if that ferrari doesnt want you?
yet, even let you drive.

maybe you are destined to drive only kancil.
when you can own like 10 BMWs.
be it what you hope for.
be it what you afford to have.
there's nothing can beat God will.

betapa kuat azam kita inginkan sesuatu itu,
betapa sungguh kita mahukan sesuatu itu.
mungkin juga kita tak akan dapat.
jika sebelah sana tidak menginginkan kamu.


fikir negatif itu negatif.

2.5.09

.balai cerapan : malam hari.

a nite full of fun..err..bes kot..haha. bes la.
sumpah takkan ada momen yang macam tu lagi.
ingat la bila masih ada peluang.
.
.
.
.
.
.
.
nak tulis lagi. tapi, xda idea. nanti-nanti la sambung.
dengan gambar sekali.

terima kasih utk 'ingatan-berupa-amaran' itu.
aku sedar benda tu sebenarnya.
terima kasih. terima kasih. *senyum.


baca sini habis sini. okay?

29.4.09

sayang?

boleh beritahu saya satu perkara?
apa kamu masih sama seperti 11 tahun dulu?

atau,
kamu seperti 6 tahun dulu?

mungkin juga,
kamu seperti 2 tahun dulu?

yang mana satu ya?
saya ingin benar tahu.

kerna,
11 tahun dulu kamu sombong sekali.
6 tahun dulu kamu manja sekali.
2 tahun dulu kamu sinis sekali.

apa pun jawapannya saya terima.
kerna,
walau 11, 6, atau 2 tahun berlalu.
saya masih yang dulu.

11 tahun dulu,
yang kamu pandang sebelah mata.

6 tahun dulu,
yang kamu belai sepenuh jiwa.

2 tahun dulu,
yang kamu cebik dengan luka.


saya tak kisah. sudah lali.
apa fasa pun yang saya tempuh,
ada kamu atau tiada kamu,
semua sama.
paksi saya tetap begitu.
cuma goyahnya ke kiri atau kanan saja.

kalau kamu masih ada,
khabar2 kan lah.
sampaikan lewat angin waktu siang.
bisikkan pada bulan waktu malam.

saya tunggu kamu.


don't wait until I loose hope in you.

26.4.09

.pilih mana suka.

aku tanya kamu.
apa kau mahu aku yang sopan?
atau kau mahu aku yang telus?
aku boleh tunjuk
mana2 yang kau suka.
tapi janji.
pegang pada itu.
aku tak suka jika kau sway.
mood swing itu aku benci.
hari ini janji lain.
lusa kau baran dengan laku itu.
adil bagi aku?

tidak.

21/04/09


aku kuat seperti apa yang kau mahu.
tapi jangan ungkit bila satu hari nanti kau bosan.

21.4.09

.tak fair kau kata?.

perangai sama.
tapi kau tak mahu mengaku.
kata kau beza.
ahh..sudah lah!

kau tahu karma?
apa yang kau nafi.
itu yang kau laku.

dunia ini kecil.
pusing2, balik pada kau juga.

apa kau dapat hebah buruk orang?
apa kau untung jaja pekung orang?
bernilaikah?

tidak!

kau tak dapat puji
malah kau kutip caci!


lepas seksa present. tapi banyak lagi kena tambah.
haih. bila nak study ni?

20.4.09

.tanya soalan pada diri sendiri.

mak, selamat hari lahir.

aku tahu tabah dari dari mak.
banyak lagi yang aku kenal dari dia.

terima kasih mak.

*************************

ada lagi tiga minggu.
tiga minggu yang penuh pada zahir.
kosong pada hati.

pejam.
celik.

pejam.
tak mahu2 celik.

apa aku ada usai tiga minggu ini?
apa aku bawa usai tiga minggu ini?

nada.

semua semat dalam2 di sudut grey cell aku.
aku harap dia mahu tubik bila aku perlu.
aku harap dia mahu jelma bila aku pinta.

"tingkat yang mahu kau pergi itu jauh lagi" kata hati.
apa tiada lif?
tidak perlu.
apa barang pakai lif.
jejak satu2.
biar peluh itu kau ingat.
kau harga.
jangan ambil shortcut.
kau lupa, jadi merana.

okeh.cukup.


esok panel hebat2. tenang ya des. titip doa untuk aku.

18.4.09

.miss mode (DESTRUCTIVE!).

kau cengeng!

menangis tak henti2.
cuba jadi kuat.
membazir air mata tu.


cengeng! cengeng! cengeng!




boleh aku pinjam kuasa nathan petrelli?

14.4.09

.iye..senyum lah sikit.

Save some face, you know you've only got one
Change your ways while you're young
Boy, one day you'll be a man
Oh girl, he'll help you understand

Smile like you mean it
Smile like you mean it

Looking back at sunsets on the Eastside
We lost track of the time
Dreams aren't what they used to be
Some things slide by so carelessly

Smile like you mean it
Smile like you mean it

And someone is calling my name
From the back of the restaurant
And someone is playing a game
In the house that I grew up in
And someone will drive her around
Down the same streets that I did
On the same streets that I did

Smile like you mean it
Smile like you mean it
Smile like you mean it
Smile like you mean it

~the killers-smile like you mean it~

memang senang jadi ignorant. hidup untuk kepentingan sendiri saja. tak peka dengan orang lain. kadang2 benda yang orang lain tanya dan perlu, dia ada,tahu. tapi, tak nak kongsi atau tolong. sebab? leceh. tak bawa benefit apa2 pada dia. ya. semua orang tamak. tapi, set a boundary la. come on. da dewasa. ada akal. fikir.

'bukan hal aku. tak payah tolong lah. buang masa.'

people will remember your thousand mistakes. a single good deed will be easily forgotten. why not make mountains instead of one?

ingatan pada diri sendiri. maaf. aku tak mampu tolong kau pada saat2 genting tu.

12.4.09

.kabus dan fake.

kerja aku bukan nak pujuk kau saja. ada masa penat.plus,aku memang tak reti pujuk orang. kau pernah cakap,aku tau apa yang kau tak suka. apa yang kau benci. dan kau juga sedia maklum apa yang aku tak suka. apa yang aku avoid untuk jelaskan. pada aku, buat apa terang benda yang kau sedia tahu. I feel stupid just imagining what reaction you have whenever I told you something that only embrassed me.(and you clearly know it.damn!)

aku memang tak pandai dalam hal2 jaga hati ni. bukan lah maksud aku tak reti fikir atau tapis apa yang aku nak cakap. kau tahu tak apa yang kau dengar dari aku selalunya aku dah fikir 2-3 kali baru aku luah. but, still aku tak dapat satisfy apa yang kau nak tahu. tolong jangan assume yang bukan2 without kau faham apa yang aku nak sampaikan.

smile like you mean it. oh, pagi tadi kabus tebal.macam kat tanah tinggi. tingkat 4 kira tinggi apa.

6.4.09

.abstrak dalam dwi-bahasa.

isi kepala sudah penuh.
hampir2 overload.
talian-mati (deadline) sudah makin hampir.
masih lompong.
.
.
.
kosong.
.
.
.
habuk sudah.
.
.
.
.
.
duh!



maaf. aku panik akan request last minit. kalau2 aku setuju pun, aku takut memalukan kau. nah, sekarang bertambah lagi senarai buruknya aku kan? tak perlu tanya. kau akan discover satu-persatu. aku pembunuh harapan nombor satu!

3.4.09

.geisha dah balik.yay!

soalan yang ditanya sebelum 28hb mac 2009:
"apa nak buat dalam gelap selama 1 jam?"
jawapan aku:
ditemani babe, sebatang lilin, 12 batang krayon,
sampul surat, kamera hp 2mp.
lilin dan babe yang teguh, tegak

ikut gerak jari

buat kerja dalam gelap memang payah. tapi, kalau dalam terang pun, hati gelap, mungkin sama saja.
hati gelap ada ubat kah?
empty. kept listening to the killers nonstop. kept playing over again. soothing.

1.4.09

.it wasn't easy for both of us.

yang nyata, memang sukar manusia akui. makin pedih, makin perit untuk dihadam.

apa benar, rajuk itu ego? bila marah itu minta perhatian?
jika benar,ramailah yang ego. ramailah yang minta perhatian.
jka ramai yang pinta,siapa pula yang harus memberi?
siapa pula yang harus melayan?

bukan mudah nak faham perasaan orang lain. kata di mulut senang. tapi nak faham,turut rasa, tak mungkin. you might have similar things happened to you. but, you will never ever feel the same way they do.
apatah lagi jika perkara itu tak pernah jadi pada kamu. jangan pernah kata "aku faham perasaan kamu". heck, you dont even know what i'm facing. yet, you told me you understand.
certain things are meant not to be shared. how much you push. or insist. there is no way i'm telling you if it wasn't meant for you to know.


apa yang senang, takkan dapat dengan begitu senang. terima kasih atas ingatan itu. tak perlu sampai nak buat blog ke apa even pandai main kata2.

31.3.09

.last death wish.

semua orang tamak kah?
.
.
.
.
.
.
.
.
atau aku saja?


need 2 days to escape from all this.ONLY 2 days.

22.3.09

.goyang-goyang duyu.

pernah kau rasa cemburu?pernah kau rasa iri hati?maksud aku perasaan cemburu pada perempuan lain.contoh:

kau cemburu dengan perempuan yang keluar makan dengan kekasih hati kau.walau kau tahu perempuan itu pinggang 37 inci (no offense) dan kekasih kau takkan minat pun dengan dia.kau irihati sebab apa kes perempuan tu dapat keluar dengan kekasih kau sedangkan kau nak jumpa dia dalam setahun pun susah nak genap jari sebelah tangan.

kau cemburu dengan kekasih skandal engkau.walhal kau tahu tak ada sebab kau nak rasa macam tu.kau iri hati mereka keluar sama sedangkan kau tak ada peranan apa2 pun antara mereka.kau irihati sebab skandal kau takkan layan kau time tu.

kau cemburu dengan kawan-kawan perempuan kau yang satu uni dengan kekasih hati mereka.kau irihati sebab mereka dapat keluar ke panggung (apakah?) setiap petang rabu atau sarapan nasi lemak pagi2 buta tepi tasik.kau irihati sebab lihat kawan kau menangis2 bergaduh dengan kekasih dan cool semula setelah dipujuk.DiULANG dipujuk depan mata like pujuk depan2 ok.pujuk yang real.bawa keluar makan or whatsoever.kau cemburu sebab bila bergaduh kau menangis sorang2 dan kena pujuk hati sorang2 juga sebab pujukan berupa panggilan,sms,mms adalah tidak efektif bagi kau.

kau cemburu dengan kekasih kawan kau sebab dia buat surprise pada hari lahir kawan kau tu.kau cemburu mereka main baling2 telur, gelak2, makan kek sama2 sedangkan kau hanya sambut hari lahir dengan panggilan telefon sahaja.kau irihati tidak dapat hadiah pada hari lahir kau dan hanya akan dapat beberapa bulan kemudian bila mana kau sendiri dah tak teruja nak hadiah.

sungguh,pernah kau rasa semua tu?


wahai RAZAKSAT, pergilah kau ke angkasa sana.bawa pulang sesuatu yang boleh jadi kerja aku nanti ya?jangan jadi macam TIUNGSAT.orang sudah lupa dia.

21.3.09

.luah telan balik.

tadi aku buka folder PSM aku.da buka,aku fikir 'apa aku nak buat sebenarnya ni?'.sebelum tu aku nampak sumbody blog bout converse marine sumthing like that.aku buka window baru.google converse.petang tadi aku habiskan masa bloghoping blog2 yang konon sangat hip.memang betul jadi diri mereka sendiri.tapi,boasting.hmm.entah la.apa tujuan aku buat blog pun aku tak tau.siang,at class kawan aku gosip.ada clasmate yang projek akhir dia didelete oleh virus.entah la.aku tak jumpa dia lagi.mungkin betul.

kenapa dalam hidup aku ni ramai sangat orang suka cakap besar.ok.aku faham tu sumthing yang kau da achieve.tapi,tak fikir hati,rasa orang yang kau cerita tu?yeah.no one perfect.but,screw that.the point is nak tunjuk sapa hebat.nak lawan sapa lagi tinggi.the more you try to show off,the more you look stupid.

i am cold.a cold person i am.ah.english aku memang teruk.dulu,takat sekolah rendah boleh la kau excel.benda kilat nak kena jaga kan.biar lama2 pun boleh karat.apa nak jadi entah.semua benda kau teruk.nothing yang kau ada.apa yang da kau capai?apa yang kau boleh bangga?nada.zero.kosong.sebab tu kau iri dengan orang lain.sebab kau tak ada apa2.kau ambil mudah semua benda.kau tak grab chance yang ada.kau tunggu orang lain.kau tak boleh decide life kau sendiri.nak pegi makan pun susah.tak nak turun sendiri.malu.nampak loser sebab makan sendiri.wake up dude.screw others.kau tak makan,kau lapar.apa kesah orang lain dengan perut kau.no one will care more of you than yourself!dulu kau hidup dengan prinsip-kau baik pada orang,orang baik pada kau.sampai sekarang kau masih macam tu.orang masih lagi ignore kau.kau ada.tapi,macam invicible.orang buli kau.buat baik depan2.cakap buruk kat belakang.come on lah.kau sedar.tapi,apa kau buat?biarlah.biar tuhan hukum mereka.

tapi kau tahu bukan tuhan takkan tolong hambanya yang tak tolong diri sendiri.

ya.aku emo.sebab aku kurang.tak macam kau.

17.3.09

.nasi briyani cikgu dolah.


(haha.ape kes asyik letak gambar makanan ni?ah tak kire.nak letak jugak.)
ya puan-puan dan hadirin sekalian.hari ini kita akan mempelajari cara-cara memasak nasi briyani.ini ori punya.batu pahat mari(rengit.ehem..ehem..).siapa-siapa yang nak tempah boleh hubungi kak yah dan cikgu dolah ye.atau tinggalkan order anda di kotak kata-kata.
nasi bryani ni da macam bukan makanan asing bagi family aku.da macam masak nasi goreng.(tapi aku tak pandai2 jugak nk masak sorang2.haih).sejak dari aku kecik rasanye da mengadap mak bapak aku masak nasi ni.da bosan.eheh.da la.skip bab melalut ni.terus dengan cara-caranya:
  1. macam dalam gambar.ini tomato-man yang dipotong-potong.eh,bukan.tomato biji.tak kisah la nak pakai tomato local ke tomato belanda ke ape.janji tomato.tetapi tomato ceri dan tomato hijau sama sekali tidak digalakkan.
  2. ini pulak daun pudina dan daun ketumbar.ingat aiskrim je ade minty flavour?briyani pun ade ye.amik daun2 sahaja.yang part batang2 tak payah.
  3. ok.bahan seterusnya adalah kacang panggang dan tomato puri.ni penting bagi rasa manis2 sikit dalam kuah briyani.
  4. bahan ni paling penting.bawang goreng.sebab aku suka.kalau guna satu peket,suku da aku makan dulu.huhu.tapi,nak lebih rasa,guna bawang goreng sendiri la.time ni aku malas nak buat.
  5. next,bawang putih,halia dan cili hijau.kisar halus bahan2 ni.jangan campak bulat2.
  6. badam.kena goreng dulu.time ni banyak badam free kat rumah.itu sebab guna yg slice2.sepatutnya,guna yang bulat2.goreng lepas tu kisar kering.lagi satu letak gajus sekali.kuantiti sama dan goreng juga kisar sekali.
  7. then,campurkan semua bahan2 di atas dalam periuk besar.
  8. gambar lain.susun bagi nampak menarik.walhal,selalu masak campak je semua.
  9. ini pun sama.kena tambah minyak masak.pastu,tenggek atas dapur dan kacau.tambah air dan garam.kacau selalu.jangan tinggal.nak tau da masak?agak2 bahan2 yang masuk tadi da tak rupa bentuk asal,kira da masak la.boleh masuk ayam yang da goreng atau daging lembu@kambing yang da rebus sampai empuk.
  10. yang ni gambar nasi.tak sempat amik gambar step satu2.beras kena rebus dulu sekejap.dalam air rebusan tu letak pandan,bunga cengkih,dan garam.toskan beras yang da rebus.dalam periuk kosong,masuk sikit minyak sapi dan minyak masak.masukkan beras sikit.letak kuah briyani tadi dalam kadar 2-3 senduk.tabur pewarna kuning,susu,kismis,gajus goreng.letak secara berhemat.maksudnya tabur rata2.buat dalam beberapa lapisan.lupa berapa kg beras yang guna.tapi,5 kg ke atas la.susu dalam 2-3 tin.

hidangan di atas boleh dimakan oleh kira-kira 50 orang dewasa.boleh bungkus lagi.

sekian.

blog ni da bercampur baur.nampak sangat aku da tertekan dengan psm.balik2 ngadap DEM.ngadap nasi briyani bes jugak.mak!nak balik rumah!

6.3.09

.remote sensing?apa tu?.





suka-suka letak gambar.saja.sebab rasa masa cepat sangat berlalu.dah 4 tahun.rasa macam baru minggu lepas lentok2 tidur dalam dewan sultan iskandar masa minggu haluan siswa(ya,aku skema).rasa macam semalam baru usha lelaki2 rupawan(haih.da jadi habit).dalam 4 tahun n aku banyak discover benda baru pasal friendship.bukanlah baru sangat pun.tapi,mungkin lebih menguatkan view aku.apa yang aku perhati dari dulu.tak mahu tulis panjang2.nanti nampak macam aku judge people pula.
let the pictures do the talking.(eh, betul ke ayat aku ni?)
seseorang berkias dengan aku. ya, aku faham. aku cukup jelas. walau apa yang kau bimbang dan kesal itu memang benar. aku bukan baik seperti yang kau sangka. aku SECRETIVE.

2.3.09

.kekasih hati.



Isk . . .

Isk . . .

.
.
.
.
.
.
.

aku rindu kamu . . .

sepi aku.
diam aku.
luka aku.
pegun aku.
kerna kamu.


hingarkan aku.
bicarakan aku.
sembuhkan aku.
gerakkan aku.
kerna kamu.

putarkan masa.
pantaskan langkah aku.
sambung kembali memori aku dan kamu.


masa irihati dengan aku. duit,kamu juga begitu ya?

26.2.09

.rasa.


senang untuk aku benci kau.
senang untuk aku lupa kau.
kau tidak pinta.
tapi kau buat aku macam tiada rasa.
aku tak mahu terhegeh.
melayan macam biasa.

walau kau kata kita tidak seperti dulu.
aku mahu.
kau bisu.
bagaimana harus aku selesai semua rasa kau?

kau terus dengan cita kau.
kau tak bisa luah.
sudah aku kata yang kau pinta
itu mustahil.

susah ada rahsia.
hidup macam menipu.

rasa senang momen itu.
habis momen,
rasa celaru,gundah,risau menjelma.
sampai bila-bila rasa itu ada.

sungguh,
aku tak mampu.


benci dengan masa.iri hati benar dia dengan aku.

22.2.09

.bila?.

Apa aku punya masa?
Untuk aku kenal erti semesta.

Apa aku punya wang?
Untuk aku beli harta dunia.

Apa aku punya cinta?
Untuk aku jelajah makna sayang.

Dia boleh aku cari.
Kuasa boleh aku miliki.
Bersepah.Memlih.Menilai.
Itu caranya.

Tapi,
Apa aku punya amal?
Cukup untuk aku berhijrah ke alam abadi.
Untuk aku sembah,sujud pada Ilahi.


belum aku jumpa erti sebenar.

21.2.09

.celaru.

susah bila hati kata ya,mulut ungkap tidak.
ini macam buat dua kerja dalam satu masa.
satu kerja boleh semua orang tahu.satu lagi tidak.
kena buat senyap-senyap.kena pandai rahsia.
bila rahsia terbongkar,semua benda jadi susah.
buat kerja hati-hati.jangan canang satu dunia.
bila tidak jadi mana mahu lari?

haih.

takpa la.apa jadi tanggung sendiri.
jangan berani buat tidak berani tanggung.
bukan mudah nak mengaku kesalahan sendiri.
kalau mengaku pun mesti ada pusing sikit.
konon jaga hati.tapi,hakikatnya masih mahu diri sendiri selamat.
tidak mahu terus dipersalahkan.
tidak mahu terus dituduh penipu.

tipulah kalau aku cakap aku tidak pernah bohong.
tipulah kalau aku cakap aku tidak pernah pusing ayat.
sejujurnya aku mahu terus-terang.mahu buka semua rahsia.
tapi aku kenal mereka.aku tahu mereka bagaimana.
kadang-kadang kebenaran menyakitkan.truth hurts.
lebih baik aku simpan.

pada aku.selagi mereka tidak bertanya,tidak perlu cerita.
aku pernah jujur.out of blue aku nyatakan.
sepi yang aku dapat.mahu dirayu sebelum dimaafkan.
masih tidak mahu mengaku.tetap begitu juga.tidak ada yang berubah.
biarlah.bukan aku yang tidak mahu berubah.aku sudah cuba.
dia tidak mahu.statik.itu tidak fun.itu tidak adventure.
mungkin aku perlu cara lain.
lebih lembut?lebih halus?
lebih tegas?lebih kasar?
entah la.
mungkin aku perlu lebih masa.bagi faham luar dan dalam.

hubungan sesama manusia ini pelik.lebih lagi jika ada rasa cinta dan sayang.

13.2.09

.bola kurang angin.bunyi tidak merdu bila disepak.

apa perasaan anda bila anda mendengar :

"bukan terer sangat pun diorang main"


sedangkan waktu itu tujuan:


  1. bermain dengan suka-suka.

  2. bermain merapatkan hubungan sesama rakan sekelas.

  3. menghilangkan perasaan stress penangan PSM.

  4. menghilangkan perasaan stress penangan assignment yang bertimbun.

  5. menggembirakan hati sendiri dengan menjerit-jerit lagak anak kecil bermain.

ditambah dengan faktor:



  1. court itu percuma.

  2. tiada had masa bermain.

  3. kami sampai dahulu.

  4. siapa lambat sila tunggu giliran.boleh ambil nombor di pintu masuk.

  5. kami belum puas main.banyak lagi stress masih berbaki.

haih.stress yang ada tak hilang.tambah lagi.weh.kami tahu kamu mahu masuk game futsal akhir bulan nanti.tolong la datang awal kalau nak court itu kamu yang punya.jangan psiko kami yang nak suka-suka pada hujung minggu.kami berundur bukan sebab mengalah.takut ada yang gaduh nanti.so, minggu depan jangan harap kami akan bagi court sebab tengok muka kesian kamu-kamu sekalian.jangan harap!


hey,kalau setakat nak praktis tendang dan tangkap bola,cari tempat lain boleh?kami nak tengok menang atau tidak kamu-kamu nanti.kami akan sediakan pasukan sorak dengan mini skirt.juga minuman penambah tenaga.


atau.


mungkin kami nak masuk futsal nanti.kita tengok siapa hebat,gagah,mantap.ada yang berminat nak jadi jurulatih kami?sila datang ke gelanggang tenis KDSE,utm hari jumaat malam sabtu,pukul 800 malam.gaji yang diminta akan dipertimbangkan dan dijamin lumayan.


aku deal dengan kau.jangan bercakap dengan aku selagi PSM aku tidak gerak.seminggu untuk arahan sekali suruh.

12.2.09

.bicara.

Keinginan sntiasa ja xdpt dipenuhi..manusia tamak bukan?

Manusia mmg tamak..jika d beri emas sebesar gunung uhud pasti nak tambah lagi segunung..sejak dulu lagi telah d cerita ketamakan manusia...kita semua mmg mahukan yang lebih baik..mmg keinginan sebegitu yang buat kita maju kedepan tapi kita kenalah tau membezakan sesuatu yang d luar kemampuan kita...yang penting kita berusaha..



Putus asa dgn sifat malas yg melampau..padah sendiri..masa utk amalan kurg..leka,lalai..dapat la balasan..Tuhan byr tunai skrg ni..

hidup masih lg indah..insyALLAH...tu la..cuma leka sgt dgn dunia...tp mmg skrg hilang arah sikithidup kita nie kan ada turun naiknya..iman juga sebegitu..bukankah telah di katakan iman manusia itu setipis kulit bawang, ada yang paginya beriman petangnya kufur, petangnya beriman paginya kufur iman yang seperti buih d lautan..jika kita ikhlas ingin mendekatkan diri padanya..DIA maha mengetahui...Tuhan bayar tunai skrng nie<---mungkin inilah caranya Tuhan tarbiah hatimu,menunjukkan Tuhan juga ingin awak mendekatiNya..suma yg tuhan turunkan pada manusia ada tujuannya cuma kita yang kadang2 terlepas pandang.Bila kita hadapi cubaan yang berat dan kita buntu mencari penyelesaian..kepada Dialah kita bermohon..<--beginilah kita mendekatkkan diri padaNya..cubaan itulah yang dihantarkan kepada kita supaya kita lebih dekat padaNya...Dunia itu jambatan ke akhirat..jika benar paham maksudnya arah kita tidak lagi akan hilang..hidup manusia mmg penuh ujian..Syurga bukanlah satu yang murah untuk dipunyai...


Xdpt buat keputusan kerja @ smbg stdy..

kepada Dialah kita bermohon..Solat istiqarah..moga Tuhan bukankan bagi mu jalan mana yang lebih baik

__________________________________________________________________________
pendapat seorang teman.teman yang bicara dari hati.
adakala dia kabur dengan kemahuan.hilang kabur itu jadi teman kini.

.tiada tajuk.

apa aku buat malam tadi.
  1. makan j.co sambil jalan and di caught off guard oleh penghantar pizza=aku jadi malu.
  2. makan roti bakar gula yg dibakar 2x.roti bakar 3 rasa=manis+pahit+masin.
  3. makan keropok udang yang ada rasa macam sotong.
  4. buat air panas guna air yang separa panas.
  5. mengomen di facebook video acara rakan sekelas tidur dan jatuh kerusi.

kesimpulannya,

malam tadi aku tidak membuat kerja-kerja yang berfaedah.

repekan hilang arah.

9.2.09

.DEM generation.(bukan damn u ye).

sabar ye..
sikit je lagi..
tak berbaloi okay kalau kau stop sekarang.
nak semua tu masuk longkang?

hai otak.
jadilah produktif walau sehari.
hai tangan.
rajinlah kau menaip waima seperenggan pun.
hai mata.
tataplah perkataan itu semua.
hai badan.
gagahkan lah bertahan di atas kerusi itu.
hai imej.
jangan lah kau bagi aku masalah lagi.

sekian.terima kasih.

spek senget kena bola laju.haih.

29.1.09

satu soalan.



berkongsi kasih sayang?



kata hati : "kasih sayang banyak.apa salahnya berkongsi."



kata kawan : "adil kah?tak semudah yang dikata."



bukan mudah nak membahagi kasih sayang.ayt gile skema.pape pun ikut hati.ni bukan ada terrorist acu machine gun.apa lagi benda pelik2.
_____________________________________________________________________

perasaan kacau.nak jadi jujur.dia tidak dapat terima.kata dia ego.sepi yang aku dapat.
berkongsi rasa tidak boleh.meluah tidak dilayan.habis?apa guna ada dia.aku?tunggul?boneka?
hanya gamit bila perlu.perasaan?sedih.kecamuk.celaru.

kau mesti kuat!
tepis gundah itu.
biar ia layu.

kata jangan ikut rasa

23.1.09

.jealousy.

you!

stop the feeling!
stop from making up imaginations!

it wont bring you anywhere in this world.
it keeps you wandering.
on floaty path.
not real!

you!

wake up!
get real!
dont daydream!

you!

yes, you!
.
.
.
.
.

ME?!
. . . . . . . . . .

____________________________________________________________

maaf.aku akan terus cuba halang rasa ini.bukan niat aku sakiti kau.
aku sesal kerna ia masih berterusan.aku rasa bersalah.
maaf.seribu kali maaf.


truth hurts..

22.1.09

.kiamat.

aku sukar bicara.
bicara tentang hidup.
yang aku rasa makin perit untuk dilalui.

aku sukar mendengar.
bunyi tentang lara.
yang aku rasa makin pedih menghiris telinga.

aku sukar memandang.
perhati tentang zalim.
yang aku rasa makin mengisi dunia

apa masa itu sudah hampir?


ya ALLAH..amal ku masih kurang..