29.4.09

sayang?

boleh beritahu saya satu perkara?
apa kamu masih sama seperti 11 tahun dulu?

atau,
kamu seperti 6 tahun dulu?

mungkin juga,
kamu seperti 2 tahun dulu?

yang mana satu ya?
saya ingin benar tahu.

kerna,
11 tahun dulu kamu sombong sekali.
6 tahun dulu kamu manja sekali.
2 tahun dulu kamu sinis sekali.

apa pun jawapannya saya terima.
kerna,
walau 11, 6, atau 2 tahun berlalu.
saya masih yang dulu.

11 tahun dulu,
yang kamu pandang sebelah mata.

6 tahun dulu,
yang kamu belai sepenuh jiwa.

2 tahun dulu,
yang kamu cebik dengan luka.


saya tak kisah. sudah lali.
apa fasa pun yang saya tempuh,
ada kamu atau tiada kamu,
semua sama.
paksi saya tetap begitu.
cuma goyahnya ke kiri atau kanan saja.

kalau kamu masih ada,
khabar2 kan lah.
sampaikan lewat angin waktu siang.
bisikkan pada bulan waktu malam.

saya tunggu kamu.


don't wait until I loose hope in you.

2 comments:

Rajuna said...

lama gila
sampai 11 tahun?

kalau ada anak dah nak amek upsr nih

dEs said...

nombor tu simbolnya saja..

btw, if anak itu mahu cikgu juna yg ajarin, bisa enggak?
huhu..