17.3.09

.nasi briyani cikgu dolah.


(haha.ape kes asyik letak gambar makanan ni?ah tak kire.nak letak jugak.)
ya puan-puan dan hadirin sekalian.hari ini kita akan mempelajari cara-cara memasak nasi briyani.ini ori punya.batu pahat mari(rengit.ehem..ehem..).siapa-siapa yang nak tempah boleh hubungi kak yah dan cikgu dolah ye.atau tinggalkan order anda di kotak kata-kata.
nasi bryani ni da macam bukan makanan asing bagi family aku.da macam masak nasi goreng.(tapi aku tak pandai2 jugak nk masak sorang2.haih).sejak dari aku kecik rasanye da mengadap mak bapak aku masak nasi ni.da bosan.eheh.da la.skip bab melalut ni.terus dengan cara-caranya:
  1. macam dalam gambar.ini tomato-man yang dipotong-potong.eh,bukan.tomato biji.tak kisah la nak pakai tomato local ke tomato belanda ke ape.janji tomato.tetapi tomato ceri dan tomato hijau sama sekali tidak digalakkan.
  2. ini pulak daun pudina dan daun ketumbar.ingat aiskrim je ade minty flavour?briyani pun ade ye.amik daun2 sahaja.yang part batang2 tak payah.
  3. ok.bahan seterusnya adalah kacang panggang dan tomato puri.ni penting bagi rasa manis2 sikit dalam kuah briyani.
  4. bahan ni paling penting.bawang goreng.sebab aku suka.kalau guna satu peket,suku da aku makan dulu.huhu.tapi,nak lebih rasa,guna bawang goreng sendiri la.time ni aku malas nak buat.
  5. next,bawang putih,halia dan cili hijau.kisar halus bahan2 ni.jangan campak bulat2.
  6. badam.kena goreng dulu.time ni banyak badam free kat rumah.itu sebab guna yg slice2.sepatutnya,guna yang bulat2.goreng lepas tu kisar kering.lagi satu letak gajus sekali.kuantiti sama dan goreng juga kisar sekali.
  7. then,campurkan semua bahan2 di atas dalam periuk besar.
  8. gambar lain.susun bagi nampak menarik.walhal,selalu masak campak je semua.
  9. ini pun sama.kena tambah minyak masak.pastu,tenggek atas dapur dan kacau.tambah air dan garam.kacau selalu.jangan tinggal.nak tau da masak?agak2 bahan2 yang masuk tadi da tak rupa bentuk asal,kira da masak la.boleh masuk ayam yang da goreng atau daging lembu@kambing yang da rebus sampai empuk.
  10. yang ni gambar nasi.tak sempat amik gambar step satu2.beras kena rebus dulu sekejap.dalam air rebusan tu letak pandan,bunga cengkih,dan garam.toskan beras yang da rebus.dalam periuk kosong,masuk sikit minyak sapi dan minyak masak.masukkan beras sikit.letak kuah briyani tadi dalam kadar 2-3 senduk.tabur pewarna kuning,susu,kismis,gajus goreng.letak secara berhemat.maksudnya tabur rata2.buat dalam beberapa lapisan.lupa berapa kg beras yang guna.tapi,5 kg ke atas la.susu dalam 2-3 tin.

hidangan di atas boleh dimakan oleh kira-kira 50 orang dewasa.boleh bungkus lagi.

sekian.

blog ni da bercampur baur.nampak sangat aku da tertekan dengan psm.balik2 ngadap DEM.ngadap nasi briyani bes jugak.mak!nak balik rumah!

No comments: