pernah kau rasa cemburu?pernah kau rasa iri hati?maksud aku perasaan cemburu pada perempuan lain.contoh:
kau cemburu dengan perempuan yang keluar makan dengan kekasih hati kau.walau kau tahu perempuan itu pinggang 37 inci (no offense) dan kekasih kau takkan minat pun dengan dia.kau irihati sebab apa kes perempuan tu dapat keluar dengan kekasih kau sedangkan kau nak jumpa dia dalam setahun pun susah nak genap jari sebelah tangan.
kau cemburu dengan kekasih skandal engkau.walhal kau tahu tak ada sebab kau nak rasa macam tu.kau iri hati mereka keluar sama sedangkan kau tak ada peranan apa2 pun antara mereka.kau irihati sebab skandal kau takkan layan kau time tu.
kau cemburu dengan kawan-kawan perempuan kau yang satu uni dengan kekasih hati mereka.kau irihati sebab mereka dapat keluar ke panggung (apakah?) setiap petang rabu atau sarapan nasi lemak pagi2 buta tepi tasik.kau irihati sebab lihat kawan kau menangis2 bergaduh dengan kekasih dan cool semula setelah dipujuk.DiULANG dipujuk depan mata like pujuk depan2 ok.pujuk yang real.bawa keluar makan or whatsoever.kau cemburu sebab bila bergaduh kau menangis sorang2 dan kena pujuk hati sorang2 juga sebab pujukan berupa panggilan,sms,mms adalah tidak efektif bagi kau.
kau cemburu dengan kekasih kawan kau sebab dia buat surprise pada hari lahir kawan kau tu.kau cemburu mereka main baling2 telur, gelak2, makan kek sama2 sedangkan kau hanya sambut hari lahir dengan panggilan telefon sahaja.kau irihati tidak dapat hadiah pada hari lahir kau dan hanya akan dapat beberapa bulan kemudian bila mana kau sendiri dah tak teruja nak hadiah.
sungguh,pernah kau rasa semua tu?
wahai RAZAKSAT, pergilah kau ke angkasa sana.bawa pulang sesuatu yang boleh jadi kerja aku nanti ya?jangan jadi macam TIUNGSAT.orang sudah lupa dia.
No comments:
Post a Comment