20.6.10

.abah.

fathers' day

masa saya kecil, abah selalu bawa saya naik motor JAH **** (no motor lupa) pergi kedai. saya ingat lagi masa tadika pun abah hantar saya setiap hari. kalau tak naik motor honda lama tu, naik proton saga hijau (or putih). masa saya sekolah rendah sampailah menengah, abah yg hantar. hari2, tak pernah jemu atau merungut. walaupun saya lambat sebab tudung buat pasal atau tak habis sarapan, abah tetap tunggu. macam apa kan abah hantar pergi sekolah even tahu naik basikal. balik sekolah abah tunggu depan bank atau pejabat pos. kadang2 saya malu abah tunggu macam tu. tapi saya tak pernah cakap pada dia. masa matriks and zaman U pun abah still hantar kalau saya tak pergi balik dengan bas. bila saya dah ada lesen, abah akan datang and saya take over drive. still, abah tak pernah jemu atau merungut. masa cuti, bila saya balik rumah, abah akan tanya 'nak jantung pisang?' ini salah satu daripada makanan fave saya yang abah pun suka. and mesti ada sambal jenganan sekali. petang2 abah selalu ajak pergi kebun. kadang2 macam terpaksa pergi, tapi pergi kebun memang one of the best moment dengan abah. pungut buah durian, panjat pokok duku,manggis, ambil kelapa muda. dari kecil memang abah selalu ada.

tapi.

sekarang abah sakit. abah bukan abah yang dulu lagi. bukan abah yg naik honda lama. bukan abah yg hantar saya pergi mana2. bukan abah yg boleh pergi kebun. abah tak boleh makan jantung pisang lagi. abah tak boleh bangun. half body abah tak boleh gerak. abah tak boleh cakap. abah dah tak senyum dengan saya. *airmata.
abah hanya genggam tangan saya kuat2 bila saya balik sini. abah hanya angguk bila saya cakap saya balik dulu.
*airmata lagi.
cepat sembuh, abah.

No comments: