5.11.10

.diam-diam.

diam-diam kau datang. tapi aku sedar. jadi bukan diam-diam bukan?
nyata. terang. tapi takut untuk akur. kerna sering salah sangka (perasan lebih).
1 hari. 1 minggu. 1 bulan. atau mungkin kurang.
lemah ingatan tentang itu.
kamu jadi berani. tapi lalu utusan. bukan diri yang mampir.
tidak kisah-lah. mungkin kau kacak masa itu
(aku rasa-lah. jujurnya tidak cam pun yang mana satu).
jadi aku iya-kan saja.

jadi mula-lah cerita.
kenal-kenal.
malu-malu.
jumpa-jumpa.
mula rasa sakit.
mula rasa keliru.
kemudian jauh.
curi-curi.
momen happy selalu.
alah bisa tegal biasa.
tidak boleh lepas walau satu saat.
kemudian shock.
ada gangguan (masih tidak faham sampai sekarang, kenapa?)

sakit. pedih. luka.
rasa-rasa ini selalu singgah dalam tempoh yang agak lama.
gaduh. marah. dendam. rajuk.
akhirnya.
biar. abai.
lama-lama tahan juga.
bila tidak, aku minta.
tapi, kau tak mahu beri.

sedar-sedar langkau tahun.

happy 6 years, kamu.

untuk 6 tahun lagi.
atau 60 tahun lagi.
moga ada kamu lagi dengan aku.


aku tak berani kata.
moga ada-lah.
tak sanggup bayang rasa sakit jika tiada.
atau mungkin juga sakit walau ada.
siapa tahu, bukan?

love. memories. hatred.
jadi satu.


H.S.Y!

bila mahu roadtrip lagi? kuching or penang, please....

No comments: