laluan yang selalu lalu lalang untuk cuci mata.
laluan wajib nak ke kelas form4-5. tempat kena stalk junior. haha. (padahal selalu cuci mata dari atas tengok senior lalu sini)
refleksologi yang sakit gila!
pokok cactus yang dulu bergambar raya kat sini. still hidup, tak mati2.
blok bestari. bestari la sangat. form 1-3 kelas kat blok ni. aktiviti terluang juga adalah mengintai senior2 kesayangan. haha.
tapak perhimpunan besar. tempat kepanasan zaman sekolah2 dulu.
dewan yang banyak juga la kenangan. aktiviti? seperti biasa, stalker sejati. haha.
oh, juga tempat berkawad di musim hujan.
pejabat sekolah. laluan yang akan di avoid kalau datang lambat. dah baju kau lain kaler kan. apa kes nak lalu depan pejabat kalau datang lambat.
kantin sekolah. nasi-lemak-tak-sedap-letak-sup-dan-sambal-banyak. kenangan2.
laluan favourite juga. dalam hati dengan harapan bertembung orang2 kesayangan.
bengkel ERT. juga tapak perhimpunan form 2. tempat kena marah dengan cikgu hawa dulu2.
tapak perhimpunan form 3. juga tempat stalker abang2 form 6. haha.
bilik paling favourite. bilik lukisan kejuruteraan. ada hati nak jadi arkitek dulu. ;)
laluan koop. sini pun suka lalu lalang cuci mata.
library berhantu. sunyi macam ada orang mati.
laluan wajib ke kelas dan makmal.
benda alah ni takde dulu. sebab dah tau kot mana satu lab yang nak pergi.
makmal fizik favourite.
tempat lepak kacau orang. paling kuat pun pandang dari jauh. haha.
lab kimia tersayang sebab suka buat eksperimen.
ajk kelab surau tu dulu2. pastu, time solat malu nak masuk surau.
entah pape kalau ingat balik. haha.
juga jambatan favourite time usha budak lalu lalang.
rumah besar tu dulu takde. bekas tapak rumah staf2 am.
blok paling tinggi kat sekolah. dah buruk betul.
dulu curi2 beli nasi lemak cikgu namuja kat bilik sukan. sedap gila nasi lemak dia.
tempat favourite masa form 3. clear view of everything. senang jadi stalker.
(sebab tu kot ambil remote sensing. haha)
lab KH aka tempat berhitam dulu2. gigih kawad ke depan belakang. haha.
baru sedar masa sekolah dulu tak belajar betul2. main2 banyak n tengok orang shj kerjanya.
haih. takpela. dah lepas lama kot. ;)
No comments:
Post a Comment