28.10.10

.hentian.

dan jauh, seperti rasa yang tak pernah mendekat
dan pergi, seperti cinta yang tak pernah singgah
dan kabur, seperti sayang yang tak pernah nampak

dan jangan,
jangan kamu angankan aku
tak pernah wujud.
tak pernah ada.

mungkin selisih jalan
mungkin ada di taman yang sama
mungkin berkongsi gerabak petang.
tapi, jangan kau fikir ini takdir.
hidup ini perjalanan.
mana-mana pun jadi singgahan manusia.

jika kamu adalah rusukku,
Tuhan lebih tahu.


biar. jangan kau sentuh. dia milik aku. ayat cliche pada si perampas. 
sedarkah kau bahawa aku tidak punya apa2 pada dia. silam itu perlu kabut dari ingatan.
jangan kau minta lagi yang mustahil itu.

No comments: