31.3.09

.last death wish.

semua orang tamak kah?
.
.
.
.
.
.
.
.
atau aku saja?


need 2 days to escape from all this.ONLY 2 days.

22.3.09

.goyang-goyang duyu.

pernah kau rasa cemburu?pernah kau rasa iri hati?maksud aku perasaan cemburu pada perempuan lain.contoh:

kau cemburu dengan perempuan yang keluar makan dengan kekasih hati kau.walau kau tahu perempuan itu pinggang 37 inci (no offense) dan kekasih kau takkan minat pun dengan dia.kau irihati sebab apa kes perempuan tu dapat keluar dengan kekasih kau sedangkan kau nak jumpa dia dalam setahun pun susah nak genap jari sebelah tangan.

kau cemburu dengan kekasih skandal engkau.walhal kau tahu tak ada sebab kau nak rasa macam tu.kau iri hati mereka keluar sama sedangkan kau tak ada peranan apa2 pun antara mereka.kau irihati sebab skandal kau takkan layan kau time tu.

kau cemburu dengan kawan-kawan perempuan kau yang satu uni dengan kekasih hati mereka.kau irihati sebab mereka dapat keluar ke panggung (apakah?) setiap petang rabu atau sarapan nasi lemak pagi2 buta tepi tasik.kau irihati sebab lihat kawan kau menangis2 bergaduh dengan kekasih dan cool semula setelah dipujuk.DiULANG dipujuk depan mata like pujuk depan2 ok.pujuk yang real.bawa keluar makan or whatsoever.kau cemburu sebab bila bergaduh kau menangis sorang2 dan kena pujuk hati sorang2 juga sebab pujukan berupa panggilan,sms,mms adalah tidak efektif bagi kau.

kau cemburu dengan kekasih kawan kau sebab dia buat surprise pada hari lahir kawan kau tu.kau cemburu mereka main baling2 telur, gelak2, makan kek sama2 sedangkan kau hanya sambut hari lahir dengan panggilan telefon sahaja.kau irihati tidak dapat hadiah pada hari lahir kau dan hanya akan dapat beberapa bulan kemudian bila mana kau sendiri dah tak teruja nak hadiah.

sungguh,pernah kau rasa semua tu?


wahai RAZAKSAT, pergilah kau ke angkasa sana.bawa pulang sesuatu yang boleh jadi kerja aku nanti ya?jangan jadi macam TIUNGSAT.orang sudah lupa dia.

21.3.09

.luah telan balik.

tadi aku buka folder PSM aku.da buka,aku fikir 'apa aku nak buat sebenarnya ni?'.sebelum tu aku nampak sumbody blog bout converse marine sumthing like that.aku buka window baru.google converse.petang tadi aku habiskan masa bloghoping blog2 yang konon sangat hip.memang betul jadi diri mereka sendiri.tapi,boasting.hmm.entah la.apa tujuan aku buat blog pun aku tak tau.siang,at class kawan aku gosip.ada clasmate yang projek akhir dia didelete oleh virus.entah la.aku tak jumpa dia lagi.mungkin betul.

kenapa dalam hidup aku ni ramai sangat orang suka cakap besar.ok.aku faham tu sumthing yang kau da achieve.tapi,tak fikir hati,rasa orang yang kau cerita tu?yeah.no one perfect.but,screw that.the point is nak tunjuk sapa hebat.nak lawan sapa lagi tinggi.the more you try to show off,the more you look stupid.

i am cold.a cold person i am.ah.english aku memang teruk.dulu,takat sekolah rendah boleh la kau excel.benda kilat nak kena jaga kan.biar lama2 pun boleh karat.apa nak jadi entah.semua benda kau teruk.nothing yang kau ada.apa yang da kau capai?apa yang kau boleh bangga?nada.zero.kosong.sebab tu kau iri dengan orang lain.sebab kau tak ada apa2.kau ambil mudah semua benda.kau tak grab chance yang ada.kau tunggu orang lain.kau tak boleh decide life kau sendiri.nak pegi makan pun susah.tak nak turun sendiri.malu.nampak loser sebab makan sendiri.wake up dude.screw others.kau tak makan,kau lapar.apa kesah orang lain dengan perut kau.no one will care more of you than yourself!dulu kau hidup dengan prinsip-kau baik pada orang,orang baik pada kau.sampai sekarang kau masih macam tu.orang masih lagi ignore kau.kau ada.tapi,macam invicible.orang buli kau.buat baik depan2.cakap buruk kat belakang.come on lah.kau sedar.tapi,apa kau buat?biarlah.biar tuhan hukum mereka.

tapi kau tahu bukan tuhan takkan tolong hambanya yang tak tolong diri sendiri.

ya.aku emo.sebab aku kurang.tak macam kau.

17.3.09

.nasi briyani cikgu dolah.


(haha.ape kes asyik letak gambar makanan ni?ah tak kire.nak letak jugak.)
ya puan-puan dan hadirin sekalian.hari ini kita akan mempelajari cara-cara memasak nasi briyani.ini ori punya.batu pahat mari(rengit.ehem..ehem..).siapa-siapa yang nak tempah boleh hubungi kak yah dan cikgu dolah ye.atau tinggalkan order anda di kotak kata-kata.
nasi bryani ni da macam bukan makanan asing bagi family aku.da macam masak nasi goreng.(tapi aku tak pandai2 jugak nk masak sorang2.haih).sejak dari aku kecik rasanye da mengadap mak bapak aku masak nasi ni.da bosan.eheh.da la.skip bab melalut ni.terus dengan cara-caranya:
  1. macam dalam gambar.ini tomato-man yang dipotong-potong.eh,bukan.tomato biji.tak kisah la nak pakai tomato local ke tomato belanda ke ape.janji tomato.tetapi tomato ceri dan tomato hijau sama sekali tidak digalakkan.
  2. ini pulak daun pudina dan daun ketumbar.ingat aiskrim je ade minty flavour?briyani pun ade ye.amik daun2 sahaja.yang part batang2 tak payah.
  3. ok.bahan seterusnya adalah kacang panggang dan tomato puri.ni penting bagi rasa manis2 sikit dalam kuah briyani.
  4. bahan ni paling penting.bawang goreng.sebab aku suka.kalau guna satu peket,suku da aku makan dulu.huhu.tapi,nak lebih rasa,guna bawang goreng sendiri la.time ni aku malas nak buat.
  5. next,bawang putih,halia dan cili hijau.kisar halus bahan2 ni.jangan campak bulat2.
  6. badam.kena goreng dulu.time ni banyak badam free kat rumah.itu sebab guna yg slice2.sepatutnya,guna yang bulat2.goreng lepas tu kisar kering.lagi satu letak gajus sekali.kuantiti sama dan goreng juga kisar sekali.
  7. then,campurkan semua bahan2 di atas dalam periuk besar.
  8. gambar lain.susun bagi nampak menarik.walhal,selalu masak campak je semua.
  9. ini pun sama.kena tambah minyak masak.pastu,tenggek atas dapur dan kacau.tambah air dan garam.kacau selalu.jangan tinggal.nak tau da masak?agak2 bahan2 yang masuk tadi da tak rupa bentuk asal,kira da masak la.boleh masuk ayam yang da goreng atau daging lembu@kambing yang da rebus sampai empuk.
  10. yang ni gambar nasi.tak sempat amik gambar step satu2.beras kena rebus dulu sekejap.dalam air rebusan tu letak pandan,bunga cengkih,dan garam.toskan beras yang da rebus.dalam periuk kosong,masuk sikit minyak sapi dan minyak masak.masukkan beras sikit.letak kuah briyani tadi dalam kadar 2-3 senduk.tabur pewarna kuning,susu,kismis,gajus goreng.letak secara berhemat.maksudnya tabur rata2.buat dalam beberapa lapisan.lupa berapa kg beras yang guna.tapi,5 kg ke atas la.susu dalam 2-3 tin.

hidangan di atas boleh dimakan oleh kira-kira 50 orang dewasa.boleh bungkus lagi.

sekian.

blog ni da bercampur baur.nampak sangat aku da tertekan dengan psm.balik2 ngadap DEM.ngadap nasi briyani bes jugak.mak!nak balik rumah!

6.3.09

.remote sensing?apa tu?.





suka-suka letak gambar.saja.sebab rasa masa cepat sangat berlalu.dah 4 tahun.rasa macam baru minggu lepas lentok2 tidur dalam dewan sultan iskandar masa minggu haluan siswa(ya,aku skema).rasa macam semalam baru usha lelaki2 rupawan(haih.da jadi habit).dalam 4 tahun n aku banyak discover benda baru pasal friendship.bukanlah baru sangat pun.tapi,mungkin lebih menguatkan view aku.apa yang aku perhati dari dulu.tak mahu tulis panjang2.nanti nampak macam aku judge people pula.
let the pictures do the talking.(eh, betul ke ayat aku ni?)
seseorang berkias dengan aku. ya, aku faham. aku cukup jelas. walau apa yang kau bimbang dan kesal itu memang benar. aku bukan baik seperti yang kau sangka. aku SECRETIVE.

2.3.09

.kekasih hati.



Isk . . .

Isk . . .

.
.
.
.
.
.
.

aku rindu kamu . . .

sepi aku.
diam aku.
luka aku.
pegun aku.
kerna kamu.


hingarkan aku.
bicarakan aku.
sembuhkan aku.
gerakkan aku.
kerna kamu.

putarkan masa.
pantaskan langkah aku.
sambung kembali memori aku dan kamu.


masa irihati dengan aku. duit,kamu juga begitu ya?