21.5.09

.cekodok leper.

bila rasa tertekan, apa2 boleh jadi. ingin lari. ingin bebas. mudah laku apa yang bukan kebiasaan. yang mana rasional, yang mana bodoh sudah jadi satu. fikir hasilnya nanti. tapi, diabaikan. susun ikut mahu. laku ikut hati.

mudah benci apa yang tidak suka. pandang dengan mata pun tak mahu. apa lagi ingin tegur. kalau boleh mulut sinis itu ingin memerli. terus menerus herdik dengan benci. tambah lagi dengan aksi. tangan dan kaki yang patutnya fungsi dengan suci, mahu dilayang sama. biar dia rasa apa itu pedih, perit yang hati terima. 

tapi, di situ ada akal. yang bisa fikir, timbal, dan halang dari yang buruk2. mana mungkin jalinan itu dirungkai dengan kasar. direntap hingga putus.

biar juta pahit kita telan. akan tiba satu hari, manis yang kita rasa.

tabah itu juang. sabar itu nikmat.

hidup ini penuh simpul. rungkai perlahan, lembutlah ia. 

1 comment:

Rajuna said...

rona bahasa
menggetar jiwa.