20.5.11

.hari ini bila-bila.

senang bukan kalau terlalu mudah memberi?
hulur saja. selagi ada dalam tangan, selagi itu tak pernah berhenti.


HARI INI BILA BILA
Tuhan, daratkan aku ke bumi
pancing aku dari bulan
tarik aku tembus awan
Hentakkan kepalaku ke dinding
buka tingkap biar silau
sergah ku dari mengigau
Pijak tubuhku – tertiarap
cium tanah, cium tanah
hulur wajahku ke cermin
tenung tenung, fikir fikir
Empunya refleksi, sedarlah
engkau pencinta rahsia
hari ini, selamanya
Kalaupun engkau berdua
hatimu engkau yang punya
dia tidak mungkin tahu
sedalam mana rasamu
Semuanya metafora
“hatiku dicuri dia”
sedangkan setiap sakit
engkau seorang menangis
Empunya refleksi, sedarlah
kita pencinta rahsia
hari ini, bila bila
Pijak tubuhku – tertiarap
cium tanah, cium tanah
hulur wajahku ke cermin
tenung tenung, fikir fikir
Empunya refleksi, sedarlah
engkau pencinta rahsia
hari ini, selamanya
Tuhan, daratkan aku ke bumi
pancing aku dari bulan
tarik aku tembus awan
lagu asal ada di sisi. sila tekan play.

No comments: