Topeng
Dengan aku
kau pakai topeng ungu
sebab kau tahu
aku benci merah jambu
Dengan aku
kau kata suka ungu
walau aku tau
kau cinta merah jambu
Dengan dia-dia
kau pakai topeng kelabu
sebab kata mereka
pondan saja gila merah jambu
Dengan dia-dia
kau kata benci merah jambu
walau kau tahu
kelabu lebih kusam berdebu
Dalam diam-diam
kau sarung topeng merah jambu
dengan siapa aku tak tahu
yang penting bukan dengan dia-dia dan aku
Dalam diam-diam
Kau tulis tentang aku
yang punya topeng merah jambu
Dalam diam-diam
Kau juih bibir kamu
Di balik topeng merah jambu itu.
kau pakai topeng ungu
sebab kau tahu
aku benci merah jambu
Dengan aku
kau kata suka ungu
walau aku tau
kau cinta merah jambu
Dengan dia-dia
kau pakai topeng kelabu
sebab kata mereka
pondan saja gila merah jambu
Dengan dia-dia
kau kata benci merah jambu
walau kau tahu
kelabu lebih kusam berdebu
Dalam diam-diam
kau sarung topeng merah jambu
dengan siapa aku tak tahu
yang penting bukan dengan dia-dia dan aku
Dalam diam-diam
Kau tulis tentang aku
yang punya topeng merah jambu
Dalam diam-diam
Kau juih bibir kamu
Di balik topeng merah jambu itu.
diam-diam itu bahaya. simpan lama-lama boleh mati. jadi, lebih baik kamu bold. supaya dia sedar. main-main atau serius memang masa yang tentu. bertahun sekalipun belum cukup faham luar dan dalam. mahu lepas senang. tapi, perit yang tinggal kadang buat kamu lebih rela sengsara genggaman. "please jangan avoid." tapi, sekarang siapa yang bisu?
1 comment:
..itulah kancah kehidupan. segalanya telah diberi, dikongsi, diselami bersama tanpa ada segan dan silu tetapi belum cukup menjanjikan kebahagian yang di impikan. ikhlas? itulah persoalan untuk kamu harus tanya sebelum perkara ini menjadi bisu.. jika ada..
Post a Comment