11.6.11

.tango si hati.

semua benda bukan mudah. dah tak ada yang senang sekarang. the more you try, the harder it gets.


aku jarang nak rasa regret-menyesal. sebab aku tahu bila keputusan yang aku buat akan affect everything kalau aku berubah fikiran. by the time I decided, I won't look back. kalau aku sahaja yang terkesan, tak mengapa. tapi, yang lain? memang kena selfish. jangan fikir masalah orang lain. betul. sebab aku akan jadi kasihan. lembut hati tak nampak dek orang lain. aku tak tau kenapa aku tulis ini semua. semua orang memang akan rasa begini (kalau tiada, tak tahu lah). lama dah kamu simpan aku. mungkin prototype aku sekarang ini belum cukup untuk kamu tayang pada semua. mungkin itu yang terbaik. kalau pegang pada hati, lama2 boleh gila. 


aku cuba. cuma belum sampai masa lagi untuk aku pulang. sekarang bila aku pulang for good, apa lagi yang tinggal? suatu yang aku mahu simpan dalam lampu genie sampai bila2. sebab kalau ia nyata depan ramai, luka akan tambah parah. bukan aku sahaja, semua akan terkesan. itu aku tidak mahu. cukuplah aku seorang rasa pedih. aku tak mahu zalimi orang. trust yang aku beri masih aku tidak erti ada digunapakai atau sudah ke longkang. aku dah penat kutip. aku dah penat tampal. mungkin bukan aku seorang yang cuba. tapi, aku tidak nampak yang lain. i don't have dreams. i'm afraid to. that's why i just grab the chances offered to me. aku bukan tamak. aku takut tak akan ada lagi peluang untuk aku. sebab aku pernah tunggu. sampai ke sudah munculnya tidak. aku tiada dendam. tapi, untuk mula semula, aku tak pasti.  


a truth will hurts you. but, that's good. at least you know your heart is functional.  

1 comment:

Anonymous said...

masalah ini baru bermula. belum lagi sampai buat keputusan antara hidup dan mati. antara syahid atau sembunyi. asam garam ini akan jadi bekalan masa akan datang. biarkan ia melanda kerana ia akan menjadi senyuman di hari tuamu nanti..